Pembunuhan Ismail Haniyeh Bukti Sikap Pengecut Zionis

BANGI Pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh sewaktu beliau mengadakan lawatan di Tehran, Iran jelas menampakkan sikap pengecut negara haram Israel. Tidak kira apa teori yang berlegar, Israel pasti berada di belakang tragedi dengan tangan kotornya yang membunuh Ismail Haniyeh.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata tragedi ini merupakan satu jenayah perang oleh Israel yang secara jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Beliau juga tidak teragak dengan mendakwa pihak Zionis secara sengaja melakukan pembunuhan ini bagi mengelak sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata diadakan. Hal ini demikian kerana sebelum ini sudah ada perbincangan mengenai perjanjian gencatan senjata yang ingin dimeterai namun digagalkan oleh pihak Zionis.

“Hal ini secara jelas menunjukkan pihak Israel tidak langsung untuk serius dalam melakukan perjanjian gencatan senjata apatahlagi ingin menghormati pemimpin negara yang berdaulat.

“Ismail Haniyeh merupakan antara pemimpin yang tertinggi di Gaza dan pembunuhan beliau oleh Israel adalah satu bentuk kebiadaban yang paling tidak boleh diterima. Ini memberi isyarat bahawa Israel ingin melancarkan perang dalam skala yang lebih besar.

“Saya mewakili BERJASA menyeru kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara Islam lain untuk mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini. Tidak cukup dengan menyuarakan bantahan dan kecaman kerana Israel tidak pernah mengambil serius berkenaan semua itu.

“Saya dan pemimpin BERJASA yang lain mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan para syuhada dan diampunkan segala dosanya oleh Allah SWT”, kata beliau.

Dalam masa yang sama juga, rejim Zionis telah melancarkan serangan jarak jauh yang menghentam ibu negara Lubnan, Beirut dalam misi membunuh komander tertinggi Hezbullah, Fuad Shukur beberapa jam sebelum berlakunya pembunuhan terhadap Ismail Haniyeh.

Hingga kini, masih lagi tiada kepastian sama Fuad Shukur sudah terkorban ataupun selamat dalam serangan tersebut.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, Haniyeh terbunuh dalam ‘serangan khianat zionis’ ke atas kediamannya di Tehran, Iran.

Haniyeh sebelum ini dilaporkan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran yang diadakan semalam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
sektor pertanian warga asing

Selepas Sektor Pertanian, Kini Sektor Nelayan ‘Berpotensi’ Dimonopoli Warga Asing

Next Post

Warga Asing Makin ‘Bermaharajalela’ Di Cameron Highlands

Related Posts