Pelan Damai Gaza: Malaysia Wajar Berhati-Hati Dengan Idea Donald Trump

pelan damai gaza

Kenyataan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Amin yang menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di dalam pelan damai Gaza perlu namun bimbang akan kelompongannya memang wajar disuarakan oleh beliau.

Malaysia sebagai sebuah negara yang begitu konsisten dalam perjuangan Palestin untuk mendapatkan kemerdekaan penuh tidak sewajarnya dengan mudah bersetuju untuk menerima pelan damai Gaza yang dikemukakan oleh Donald Trump.

Walaupun di atas kertas pelan tersebut menjanjikan manfaat yang besar kepada pembangunan Gaza, namun perjanjian ini dilihat berat sebelah dengan hanya memenangkan sebelah pihak sahaja iaitu rejim Zionis.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menasihati kerajaan agar berhati-hati sebelum memberikan sokongan kepada pelan damai ini.

Pelan damai yang datang daripada Donald Trump ini sebenarnya hanya ingin menghapuskan kekuatan pejuang Hamas secara total sahaja dengan menuntut mereka meletakkan senjata di Gaza.

Walhal sewajarnya pihak rejim Zionis yang perlu diarahkan untuk meletakkan senjata jika melihat kepada rekod pembunuhan yang diakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.

“Menuduh pejuang Hamas yang merupakan pentadbir sah di Gaza sebagai pengganas adalah salah satu tuduhan yang jahat daripada Amerika Syarikat. Bagaimana untuk kita percaya dengan pelan damai ini yang datang daripada pihak yang sentiasa bersikap berat sebelah kepada Israel?”.

“Rejim Israel yang merupakan pengganas sebenar kerana begitu galak membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah malahan mereka juga berani menyerang ahli politik Hamas di Iran dan Qatar. Mereka adalah penceroboh dan wajar mereka ini yang perlu diletakkan senjata penuh”, tegas beliau.

Pelan Damai Gaza Tidak Memerdekakan Palestin

Tidak cukup dengan menekan pejuang Palestin untuk meletakkan senjata, mereka mahu pula memaksa rakyat Palestin untuk menerima pemerintah daripada luar Palestin kononnya untuk pentadbiran yang adil dan cekap.

Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain dicanang untuk mengetuai sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai “Gaza International Transitional Authority” yang akan bertanggungjawab memantau proses peralihan pentadbiran dan keselamatan di Gaza selepas konflik.

Hal ini termasuklah memastikan pelucutan senjata oleh Hamas dan pentadbiran yang bebas daripada politik.

Mohd Hamdan Mohd Sharif mengecam pelantikan Tony Blair sebagai pemantau proses peralihan pentadbiran ini kerana rekod beliau sebagai pentadbir sementara di Iraq selepas Perang Iraq 2003 tidak baik dan gagal.

Beliau mencetuskan krisis kemanusiaan serta ketidakstabilan politik di Iraq maka meletakkan beliau dalam peranan yang sama di Gaza tidak akan menyelesaikan masalah malahan menambahkan lagi derita rakyat Palestin.

Mohd Hamdan Mohd Sharif yang mewakili parti BERJASA menegaskan pentadbiran di Palestin perlu diserahkan kepada rakyat tempatan kerena mereka sahaja yang memahami perjuangan rakyat Palestin yang sekian lama ditindas oleh penjajah Israel.

Pihak antarabangsa tidak faham mengenai dinamika politik Palestin yang sekian lama dijajah oleh negara haram Israel malahan gagal untuk menekan tentera penjajah Israel daripada melakukan kerosakan.

Fokus Kepada Matlamat Kemerdekaan Bukan Kemanusiaan Semata-Mata

Perjuangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin sudah lama dijulang oleh komuniti antarabangsa termasuk Malaysia namun Palestin masih belum merdeka.

Nasib rakyat masih tidak terbela sedangkan rejim Zionis begitu rancak membunuh bayi, wanita dan warga tua Palestin yang tidak mengangkat senjata pun.

Sudah masanya Malaysia dan negara-negara Islam lain memandang ke hadapan dengan perancangan yang lebih besar dari sudut naratif kemerdekaan Palestin.

Begitu mustahil untuk rakyat Palestin hanya menerima bekalan makanan dan perubatan sahaja tetapi rejim Zionis mendapat bantuan kelengkapan senjata untuk terus memerangi rakyat Palestin.

Pelan damai ini sebaiknya perlu diteliti dengan lebih mendalam terlebih dahulu kerana wujud tanda-tanda pelan ini hanya menguntungkan pihak rejim Zionis sahaja dan meminggirkan nasib rakyat Palestin serta pejuangnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Alışdığınız Sərfəli Mərclərdən Uzunmüddətli Uğura Aparan Yollar

Next Post

Волшебство азарта: откройте мир игровых приключений

Related Posts