Lim Guan Eng Yang Masih Didakwa Atas Salah Laku Rasuah, Dilantik Jadi Pengerusi Kehormat ASEAN-China

lim guan eng

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merangkap Penasihat DAP, Lim Guan Eng dibenarkan oleh mahkamah untuk mendapatkan kembali pasportnya atas alasan perlu kerap ke luar negara.

Hakim Mahkamah Seksyen, Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati Lim Guan Eng perlu ke luar negara berhubung tugas rasminya sebagai Pengerusi Kehormat ASEAN – China bagi Pemerkasaan Kerjasama dan Pembangunan Perindustrian (ACAPICD).

Tambah Azura Alwi lagi, permohonan Lim Guan Eng untuk mendapatkan pasportnya kembali secara kekal berasas kerana beliau perlu kerap ke luar negara untuk menghadiri mesyuarat, konvensyen atau pameran antarabangsa.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata pemberian kembali pasport kepada tertuduh yang masih didakwa di mahkamah menampakkan ada dwistandard dalam urusan penghakiman negara.

Jika situasi ini menimpa rakyat biasa ataupun orang yang berkepentingan, pastinya keadaannya tidak sebegini malahan lebih ketat lagi.

Lim Guan Eng Masih Dituduh Atas Salah Laku Rasuah, PMX Lantik Sebagai Pengerusi ASEAN-China

Lim Guan Eng berdepan dengan beberapa pertuduhan iaitu pertuduhan pindaan pertama, beliau didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan terowong Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan kedua pula, beliau didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Bukan itu sahaja malahan beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Mohd Hamdan Mohd Sharif mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik dan masih mengekalkan perlantikannya sebagai Pengerusi ASEAN-China bagi Pemerkasaan Kerjasama dan Pembangunan Perindustrian (ACAPICD) sedangkan pendakwaannya di mahkamah atas salah laku rasuah masih berjalan.

“Melantik seseorang yang masih didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah untuk jawatan besar yang mewakili Malaysia di peringkat rantau adalah satu perkara yang memalukan”.

“Apakah persepsi negara lain melihat wakil dari negara kita yang mempunyai kes yang masih berjalan di mahkamah atas tuduhan rasuah? Tidak ada rasa malukah PMX melantik orang sebegitu rupa untuk menjadi wakil Malaysia?”, soal beliau.

Tambah beliau, hal ini menunjukkan kerajaan kehilangan tandus kepimpinan dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan yang lain kerana terpaksa melantik Lim Guan Eng untuk memegang jawatan itu.

DAP Canang Partinya Bebas Rasuah Tetapi Sama Korup

DAP sewaktu menjadi pembangkang dengan penuh semangat melaungkan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti yang menolak rasuah, nepotisme dan korupsi.

Namun tuduhan yang dilondehkan terhadap Lim Guan Eng ini menampakkan DAP sendiri mengamalkan cara politik keji yang berasaskan wang.

“Rakyat sepatutnya sedar bahawa DAP itu sendiri ahli pimpinannya cakap tidak serupa bikin kononnya menolak amalan rasuah tetapi dalam masa yang sama mahukan ganjaran wang daripada projek mega yang ada”, tegas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Navigating the World of Online Gambling in Australia: What You Need to Know

Next Post

180

Related Posts