Janji Politik Adalah Kontrak Moral, Jangan Normalisasikan Penipuan Politik

janji politik

Sudah seminggu terbentuknya kabinet kerajaan yang baharu dan pastinya rakyat menanggapi pertukaran portfolio ini adalah usaha kerajaan untuk mengotakan janji politik mereka yang pernah ditaburi sebelum ini.

Walaubagaimanapun, perlantikan Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang boleh dikatan sebagai satu lonjaka “kenaikan pangkat” nyata menimbulkan rasa sinis dalam kalangan rakyat.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menegaskan ini adalah satu agenda pemutihan janji politik yang dimungkiri dan menormalisasikan ayat “Tidak apa, lupakan sahajalah”.

Sewaktu menjadi pembangkang, Adam Adli amat aktif sebagai aktivis politik dalam melaungkan hak untuk menghapuskan PTPTN yang didakwanya sebagai bentuk kezaliman kepada mahasiswa.

Beliau mendakwa PTPTN hanya menindas mahasiswa kerana hanya meminta hutang daripada mereka sahaja tanpa mengira latar belakang ekonomi mahasiswa itu.

Hal ini boleh dikatakan imej beliau amat sinonim dengan penghapusan PTPTN dan memperjuangkan skim pendidikan percuma.

Namun kini apabila beliau berada di dalam koridor kuasa, janji itu terus senyap dan tidak diangkat lagi oleh beliau hingga mengeluarkan kenyataan bodoh dengan mengatakan janji itu dibuat ketika beliau tidak tahu menahu secara mendalam mengenai PTPTN.

Sedangkan pengetahuan mengenai PTPTN tidak perlu menunggu menjadi menteri baru dapat mengetahui segala intipati mengenai PTPTN kerana rakyat awam sendiri pun sudah dapat mengetahui secara sendiri apa itu PTPTN yang sebenarnya.

Jelas beliau jahil dan bodoh ketika menjadi aktivis politik kerana langsung tidak mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh mengenai politik nasional dan hanya menunggang arus politik pembangkang semata-mata.

Lebih mengecewakan, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata kegagalan mengotakan janji ini tidak disusuli dengan permohonan maaf tetapi dipertahankan dengan alasan bahawa keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, realpolitik dan kekangan fiskal.

Cukup jijik kerajaan sekarang ini yang seakan cuba menormalisasikan pemungkiran janji dan menggunakan penyokong mereka sebagai jurucakap dengan mengatakan “sekurang-kurangnya kerajaan sudah mencuba”.

Hal ini merupakan normalisasi penipuan yang paling berbahaya oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji Politik Adalah Kontrak Moral Yang Wajar Dihormati Oleh Ahli Politik Termasuk Kerajaan

Dalam mana-mana pengamalan demokrasi, janji politik adalah kontral moral yang wajib dipatuhi oleh ahli politik tidak kira pembangkang mahupun kerajaan.

Mungkin tidak semua mampu ditunaikan namun kegagalan melaksanakannya adalah satu benda yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh mereka.

Jika tidak mampu mengotakan janji itu sekalipun, tiada yang salahnya jika menurunkan ego dan mengakui kesilapan di hadapan rakyat bahawa mereka melakukan kesilapan mengotakan janji yang tidak boleh dikotakan.

Mengecewakan di Malaysia apabila meletakkan standard yang rendah terhadap pemimpinnya dengan membenarkan mereka untuk tidak mengotakan janji.

Malahan lebih meraikan mereka dengan menjanjikan jawatan tertinggi bagi menghapuskan dosa-dosa lama mereka atau menjenamakan semula mereka dengan identiti baharu.

Adam Adli Simbol Kegagalan Generasi Baharu Dalam Politik Malaysia

Adam Adli yang dahulu lantang mencabar sistem kini sudah selesa dengan sistem yang sedia ada menunjukkan kegagalan generasi politik baharu dalam politik Malaysia.

Ada suara yang mengatakan “beri peluang” kepada beliau yang baharu sertai pentas politik Malaysia namun berapa banyak peluang perlu diberikan sebelum kepercayaan rakyat awam runtuh?

Demokrasi tidak mati kerana satu pembohongan tetapi ia mati perlahan-lahan apabila pembohongan demi pembohongan diterima sebagai lumrah.

Rakyat Malaysia tidak menuntut kesempurnaan tetapi menuntut kejujuran daripada pemimpin mereka maka jika ia tidak mampu ditunaikan, jangan jadikan ia sebagai umpan.

Jika realiti berubah, jelaskan dengan berani dan jika gagal maka ambil sikap bertanggungjawab bukannya berlindung di sebalik jawatan atau simpati politik.

Menormalisasikan penipuan ahli politik adalah pengkhianatan terhadap masa depan demokrasi negara.

Hari ini kita memaafkan pembohongan tentang PTPTN dan akan datang kita mungkin akan memaafkan kesalahan yang lebih besar seperti kegagalan tadbir urus, ekonomi dan kedaulatan negara.

Soalnya sekarang ia bukan berkaitan Adam Adli lagi namun ia adalah soal siapa kita sebagai rakyat yang masih mudah ditipu dengan janji atau masih rela untuk ditipu selagi orang itu menipu kita.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kabinet baharu madani

Parti BERJASA Lihat Kabinet Baharu MADANI Cacat

Next Post
kerjasama umno dengan dap

Kerjasama UMNO Dengan DAP Adalah ‘Perpaduan Yang Dipaksakan’

Related Posts