Isu Air UMS: PMX Janji, Tapi gagal Tunaikan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan dengan yakin bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan isu bekalan air yang menekan kehidupan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dua tahun telah berlalu, dan mahasiswa masih bergelut dengan krisis air yang tidak berkesudahan.


Kini, sekali lagi kerajaan muncul dengan kenyataan baharu bahawa mereka “sedia tambah peruntukan” untuk menyelesaikan isu yang sama. Namun yang menjadi persoalan besar ialah: ke mana hilangnya janji yang terdahulu? Apa yang terjadi kepada peruntukan RM3 juta yang sudah diumumkan dua tahun lalu?


Adakah ini bukan sekadar ulangan janji-janji lama yang hanya sedap di halwa telinga rakyat, tetapi langsung tidak memberi kesan nyata di lapangan?

Mahasiswa Menderita, Kerajaan Ulang Janji

Isu air bukan perkara baharu di UMS. Sejak bertahun-tahun, mahasiswa terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa bergantung kepada bekalan air terhad, beratur untuk mandi, dan kadangkala terpaksa membeli air sendiri. Dalam negara yang kononnya menuju ke arah negara maju berteraskan prinsip “Madani”, kegagalan menyelesaikan isu asas seperti air adalah tanda kegagalan pentadbiran.


Apabila janji yang sudah dibuat tidak ditepati, kemudian muncul janji baharu tanpa penjelasan atas kegagalan lalu maka itulah yang dikatakan bercakap bohong, dan terus berjanji seolah-olah rakyat sudah lupa.

PMX Perlu Jawab, Bukan Umum Lagi

Sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim wajib tampil memberi penjelasan penuh:

  • Ke mana perginya RM3 juta yang diumumkan pada 2023?
  • Siapa pelaksana projek, dan mengapa ia tidak selesai?
  • Kenapa mahasiswa masih menderita dengan isu air walaupun janji telah dibuat bertahun lalu?

Rakyat, khususnya mahasiswa, bukan robot propaganda. Mereka berhak kepada penjelasan dan penyelesaian bukan pengumuman kitar semula yang kosong.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes TIBI Meningkat: Perkasa Sistem Kesihatan Negara

Next Post
kemalangan kenderaan berat

Mana Janji Anthony Loke Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Untuk Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat?

Related Posts