Hentikan Politik Dendam – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Bangi – Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan melihat tindakan kerajaan sekarang yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pembekuan ke atas akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai satu bentuk tindakan politik dendam.

Beliau mengatakan sedemikian kerana daripada awal sebelum PRU15 sehingga kini, mereka dilihat rancak mengeluarkan beberapa siri ugutan atau dendam kepada parti lawan.

Jika masih ingat, Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli pada kempen PRU15 telah mengancam untuk memenjarakan Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki jika Pakatan Harapan memenangi PRU15. Jelas itu merupakan satu ancaman yang jelas daripada seorang ahli politik kepada penjawat awam.

Sekarang, timbul pula taktik jahat untuk melumpuhkan parti lawan dan kebetulan pula pilihan raya negeri sudah hampir diadakan dengan berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya membawa wadah politik baharu dengan memacu kepada politik yang lebih matang.

Apabila sudah menjadi kerajaan, sepatutnya kerajaan bertindak matang dengan membawa agenda negara yang lebih besar seperti isu kenaikan harga barang, keselamatan sempadan negara dan pertumbuhan ekonomi negara. Sepatutnya itu yang perlu difokuskan oleh kerajaan bukannya dengan menekan parti lawan yang sudahpun kalah sewaktu PRU15.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Keselamatan Perairan Negara Terus Diperkotak-Katikkan Oleh Negara Luar – Ir Ts Lukman Al Hakim

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Selesaikan Dahulu Isu Warga Asing Yang Masih Belum Keluar Dari Malaysia – Ir Ts Lukman Al Hakim

Related Posts