Di Kala Premium Insurans Kesihatan Dijangka Naik Harga, Hospital Swasta & Syarikat Insurans Catat keuntungan

Kenaikan kadar premium insurans termasuk insurans kesihatan, hayat, kenderaan dan harta yang dijangka bermula tahun depan semestinya akan memberi kesan kepada golongan yang kurang berkemampuan terutamanya kepada golongan B40 dan M40.

Mereka terpaksa bersusah payah untuk menampung kenaikan caj insurans dan takaful ini dan akhirnya akan menjejaskan kualiti hidup mereka.

Jika sebelum ini mereka terpaksa perlu melakukan dua hingga tiga kerja untuk menampung perbelanjaan isi rumah mereka, kini mereka mungkin terpaksa mengorbankan lebih masa dan tenaga lagi untuk mencari pendapatan sampingan akibat kenaikan caj insurans ini.

Sudahlah masalah kenaikan kos sara hidup membelenggu mereka malahan ditambah lagi dengan bebanan kenaikan caj insurans.

Hospital Dan Syarikat Insurans Catatkan Untung Tinggi, Mengapa Perlu Naikkan Caj Premium Insurans?

Kenaikan premium insurans dibuat ketika hospital swasta dan syarikat insurans merekodkan keuntungan.

Hal ini menunjukkan tiada asas sekalipun untuk caj premium insurans dinaikkan kerana sektor hospital swasta dan syarikat insurans telah pun mencatatkan keuntungan.

Kenaikan premium insurans yang dirancang antara 40% hingga 70% dilihat begitu tinggi dan agak melampau ditambah pula dengan sikap Bank Negara Malaysia (BNM) yang membenarkan klausa yang tidak jelas, tidak munasabah dan tidak adil kepada pengguna dimasukkan ke dalam polisi insurans.

Kenaikan caj premium insurans ini perlu dilibatkan sekali pengguna insurans bukan sahaja syarikat insurans itu sendiri.

Kerajaan patut mengambil serius isu ini kerana khuatir syarikat insurans akan menaikkan premium secara sepihak tanpa menetapkan had tertentu.

Pihak hospital swasta pulu sepatutnya diminta menunjukkan bukti untuk membenarkan kenaikan tersebut bagi ‘mewajarkan’ kenaikan itu berlaku.

Jangkaan Harga Insurans Kesihatan Naik, Kerajaan Digesa Serius Bertindak

Kerajaan sewajarnya bertindak lebih pantas bagi meredakan kegusaran rakyat terhadap rancangan kenaikan caj premium insurans ini terutamanya melibatkan insurans kesihatan.

Setakat ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) telah bertindak memanggil pemain industri insurans, BNM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kenaikan premium insurans.

Pertemuan ini melibatkan dua sesi iaitu sesi yang pertama diadakan dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia manakala sesi kedua melibatkan pegawai dari kementerian dan BNM.

Jika premium insurans kekal untuk dinaikkan cajnya berdasarkan perancangan awal, hal ini akan menyebabkan perkhidmatan kesihatan awam semakin sesak sedangkan hospital awam kini pun sudah dalam keadaan serba kekurangan.

Memang benar ini mungkin boleh dijadikan sebagai peringatan untuk rakyat untuk menjaga kesihatan namun tidak boleh dinafikan bahawa menjadi satu keperluan untuk setiap keluarga mengambil premium insurans sebagai inisiatif perlindungan diri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tugas mufti

Pindaan Akta 505 Akan Jejaskan Kuasa & Tugas Mufti?

Next Post
status bumiputera

Wajarkah Status Bumiputera Diperluaskan Kepada Bukan Bumiputera?

Related Posts