Bodoh Dan Sombong, Nga Kor Ming Ugut Wartawan

nga kor ming ugut wartawan

Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang ugut wartawan kerana bertanyakan soalan mengapa beliau menggunakan nama projek “I Lite U” iaitu dalam bahasa Inggeris, bukannya bahasa kebangsaan jelas menampakkan beliau langsung tidak kompeten untuk menjadi menteri.

Nga Kor Ming dalam sidang media tersebut terus bertanyakan wartawan itu daripada akhbar mana dan apabila wartawan itu kata beliau daripada akhbar Utusan Malaysia, Nga Kor Ming terus beritahu akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan berhubung soalan yang diajukan.

Tindakan menteri ini begitu bodoh dan sombong kerana cepat melenting apabila diajukan soalan yang sedemikian sedangkan soalan yang ditanyakan itu ada asasnya.

Menjadi satu tugas untuk seorang wartawan bertanyakan soalan bagi mendapatkan penjelasan penuh tetapi apabila diberikan ancaman sebegini daripada seorang individu yang bergelar menteri, ia menunjukkan bahawa semangat kebebasan media tidak diraikan oleh kerajaan.

Banyak perkara yang boleh dipertikaikan terhadap Nga Kor Ming ini selain daripada sikapnya yang sombong dengan wartawan.

Beliau sebagai seorang menteri dalam negara Malaysia yang menjunjung tinggi kedudukan bahasa Melayu, perlu mengutamakan penggunaan bahasa Melayu terlebih dahulu jika ingin melancarkan sesuatu projek besar yang bertujuan menarik kedatangan pelancong.

Dalam sidang media tersebut, beliau dengan bangganya kata nama “I Lite U” mempunyai nilai komersial untuk menarik pelancong antarabangsa berbanding bahasa Melayu.

Sungguh malang untuk rakyat Malaysia mendapat seorang menteri yang berjiwa penjajah dan tidak berbangga dengan bahasa Melayu sedangkan pelancong luar mahukan keunikan Malaysia yang tersendiri.

PMX Perlu Bertegas Dengan Sikap Biadab Nga Kor Ming Yang Ugut Wartawan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya mengambil tindakan yang tegas terhadap Nga Kor Ming ini yang langsung tidak mencerminkan semangat Malaysia Madani.

Jika soalan sebegitu pun Nga Kor Ming tidak boleh uruskan dengan baik, baik beliau letak jawatan sahaja.

Mungkin beliau berasa dalam zon selesa dalam menjawat jawatan menteri ini maka beranggapan beliau boleh buat apa sahaja selaku menteri dalam kerajaan sekarang.

Beliau patut sedar gaji menteri ini dibayar dengan duit rakyat dan sepatutnya beliau menjawab soalan dengan baik dan sopan-santun bukannya terus melenting.

Bukan sahaja menteri yang ada peranannya sendiri malahan wartawan pun ada tugasnya yang perlu diselesaikan iaitu menyampaikan maklumat daripada menteri kepada rakyat.

Sewajarnya Nga Kor Ming hormati tugasan wartawan kerana wartawan ini yang berperanan dalam memudahkan menteri untuk menyampaikan maklumat dasar kerajaan kepada rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mythen über Steroide – was stimmt wirklich?

Next Post

Liothymed 25 Mcg – Dosierung und wichtige Informationen

Related Posts