Amerika Syarikat Bakal Kenakan Tarif Tambahan 10% Kepada Negara BRICS, Malaysia Akan Terkesan?

tarif amerika syarikat

Laporan Bloomberg yang bertajuk “Trump Threatens 10% Tariff for ‘Anti-American’ BRICS Policies” bertarikh 7 Julai 2025 melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengancam untuk mengenakan kadar tarif tambahan sebanyak 10% daripada Amerika Syarikat ke atas negara-negara BRICS

Beliau menjelaskan bahawa tarif tambahan ini dikenakan kepada negara-negara yang beliau rujuk sebagai “anti-Amerika” kerana menganggap blok BRICS sebagai satu entiti kumpulan yang ingin mencabar kuasa dan pengaruh AS dalam geopolitik dunia.

Ancaman ini juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada strategi Trump untuk mengekalkan pengaruh AS di pentas dunia terutamanya dalam menghadapi cabaran daripada kuasa besar seperti China dan Rusia yang merupakan anggota utama BRICS

Dengan mengenakan tarif yang tinggi kepada negara anggota BRICS, ia dilihat dapat melemahkan ekonomi mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menyaingi AS dalam perdagangan dan geopolitik.

Adakah Malaysia Dikenakan Sekali Tarif Tambahan Amerika Syarikat?

Perkara ini pasti akan ditanya oleh orang awam sama ada Malaysia akan dikenakan sekali tarif tambahan 10% daripada Amerika Syarikat memandangkan sekarang ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menghadiri Persidangan BRICS 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.

Hal ini perlu diketahui bahawa Malaysia hadir ke persidangan itu atas kapasiti sebgaai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025 maka Malaysia tidak secara langsung terlibat sebagai anggota penuh BRICS.

Namun begitu, kekhuatiran mengenai pengumuman Donald Trump untuk mengenakan tarif tambahan ini perlu dipandang sceara serius memandangkan Malaysia dilihat semakin mengeratkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara BRICS termasuk China, India dan Brazil yang merupakan rakan dagang utama.

Sebarang tarif tambahan ke atas negara BRICS juga boleh menjejaskan rantaian bekalan dan kos perdagangan global yang turut memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Pada 9 April 2025, AS telah pun mengenakan nilai tarif sebanyak 24% kepada Malaysia dengan beberapa pengecualian produk penting seperti semikonduktor dan beberapa barangan elektronik.

Melihat ke atas kapasiti Malaysia yang bukannya merupakan negara anggota penuh BRICS, Malaysia tidak akan menjadi sasaran langsung tarif baru AS namun tetap perlu berwaspada dengan perang dagang yang dilancarkan oleh AS ini.

Kadar pertumbuhan ekonomi boleh berubah dan semestinya pihak yang paling terkesan adalah rakyat yang terkesan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Setelah pengenalan tarif 24% kepada Malaysia itu, lebih separuh eksport Malaysia ke AS dijangka terjejas dengan 52% syarikat tempatan menjangkakan penurunan permintaan dan hampir separuh lagi menjangkakan margin keuntungan menurun lebih 30%.

Walaupun nilai eksport rasmi bagi 2025 belum diumumkan sepenuhnya namun pakar ekonomi menjangkakan penurunan ketara akan berlaku berbanding 2024.

Dengan melihat trend semasa dan penilaian industri, nilai eksport Malaysia ke AS untuk 2025 dijangka menurun sekurang-kurangnya 10-20% berbanding tahun sebelumnya sekiranya tarif ini kekal dan tiada pengecualian tambahan diberikan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
brics malaysia

Sebagai Rakan BRICS, Malaysia Meneliti Untuk Sertai Bank Pembangunan Baharu (NDB)

Next Post

New

Related Posts