Kemelut Adat: Anak jati Negeri Sembilan seru keharmonian diutamakan – Fatin Saidah, Pemudi BERJASA Negeri Sembilan

kemelut adat
kemelut adat

SEREMBAN, 28 April — Sekumpulan anak jati dan juga pemudi-pemudi Berjasa Negeri Sembilan yang diwakili Fatin Saidah tampil menyeru semua pihak agar mengutamakan keharmonian dan saluran adat dalam menangani kemelut yang melibatkan institusi Adat Perpatih.

Kenyataan itu menegaskan bahawa masyarakat Negeri Sembilan yang berpegang kepada Adat Perpatih memikul tanggungjawab besar untuk memelihara warisan tersebut dengan penuh tertib dan berhemah.


Adat Perpatih berteraskan syarak

Menurut kenyataan beliau, Adat Perpatih berdiri atas prinsip “adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah”, yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam setiap keputusan.

Setiap langkah perlu dilaksanakan dengan adab dan melalui saluran adat yang betul,” tambahnya.


Empat teras jadi pedoman

Fatin Saidah turut menggariskan empat teras utama dalam Adat Perpatih sebagai panduan masyarakat, iaitu adat, adab, muafakat dan budi.

Ia menjelaskan bahawa adat berfungsi sebagai landasan aturan hidup, manakala adab menjadi panduan akhlak dalam tutur kata dan perbuatan.

Muafakat pula merupakan kekuatan dalam mencapai keputusan bersama, sementara budi menuntut kebijaksanaan dan timbang rasa dalam setiap pertimbangan,” katanya.


Seruan jaga adab, utamakan muafakat

Sehubungan itu, mereka menyeru semua pihak supaya menghormati struktur adat sedia ada, termasuk peranan Ibu Soko, Buapak, Lembaga dan Undang sebagai institusi penting dalam masyarakat.

Selain itu, orang ramai turut digesa menjaga adab dalam menyampaikan pandangan, menggunakan saluran adat untuk menyelesaikan pertikaian serta mengelakkan daripada membuka aib di khalayak umum.

Kemenangan peribadi tidak harus mengatasi kepentingan muafakat, kerana keputusan terbaik lahir daripada persetujuan bersama,” tegasnya.


Perbezaan sebagai ruang perkukuh persefahaman

Mereka turut menyatakan keyakinan bahawa setiap pihak mempunyai niat baik dalam memelihara adat dan kesejahteraan negeri.

Justeru, perbezaan pandangan yang timbul perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh persefahaman, sekiranya ditangani secara tenang, sabar dan saling menghormati.


Doa untuk kepimpinan negeri

Dalam masa sama, mereka turut menzahirkan doa agar segala urusan dipermudahkan serta memohon kesejahteraan buat Raja dan kepimpinan Negeri Sembilan.

Semoga Adat Perpatih terus menjadi sumber kekuatan, penyatuan dan kesejahteraan untuk generasi kini dan akan datang,” katanya.

Pemudi Berjasa Negeri Sembilan, Fatin Saidah Mohamad Sa’ad.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
BN-PN

BERJASA gesa kerjasama PN-BN Negeri Sembilan, tawar jadi pemudah cara – Ustaz Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA

Next Post
Rain rave

‘Rain Rave 2026’: Pemudi kecam kenyataan Menteri Pelancongan, gesa kerajaan kaji semula kelulusan – Nur Azliza Rajiain, Ketua Pemudi BERJASA

Related Posts