Pembukaan pusat data di Malaysia telah menghasilkan pelaburan sekitar RM164.45 bilion setakat suku kedua tahun 2025 sahaja.
Negeri Johor sahaja mencatatkan 42 projek pelaburan pusat data yang diluluskan sehingga kedua 2025 yang menjadikan negeri itu sebagai peneraju utama dalam pelaburan pusat di negara ini.
Selain itu, Johor dijangka menjadi pusat data utama Asia Tenggara dengan kapasiti melebihi 1.6 gigawatt pada 2025, berpotensi meningkat ke 5 gigawatt menjelang 2035 iaitu mewakili separuh kapasiti tenaga boleh diperbaharui negara pada 2023.
Malaysia juga dijangka terus memperoleh pelaburan pusat data dan AI yang lebih besar dengan jangkaan pelaburan melebihi RM169.2 bilion menjelang tahun 2030 menjadikan negara ini hab utama pusat data AI di Asia Tenggara.
Namun demikian, wujud dakwaan yang mengatakan pelaburan pembukaan pusat data di Malaysia adalah satu yang merugikan.
Hal ini disebabkan oleh kurang bersedianya kerajaan untuk menyediakan sumber boleh diperbaharui untuk mengoperasikan pusat data.
Cukupkah Sumber Air Untuk Operasikan Pusat Data Di Malaysia?
Pusat data memerlukan tenaga elektrik yang amat tinggi untuk menjalankan ribuan pelayan dan sistem penyejukan. Maka sumber air yang mencukupi amat diperlukan untuk memastikan pusat data itu dapat beroperasi dengan baik.
Ironinya, kebergantungan terhadap sumber tenaga tidak boleh diperbaharui oleh Malaysia masih tinggi seperti sumber tenaga arang batu dan gas asli.
Ekosistem ekonomi negara yang masih bergantung terhadap industri minyak dan gas menampakkan dengan jelas bahawa kerajaan tidak bersedia sepenuhnya untuk menceburi industri tenaga boleh boleh diperbaharui.
Dasar Negara Untuk Tenaga Boleh Diperbaharui Masih Perlahan
Melalui pembukaan pusat data ini, kerajaan dengan kerjasama pakar dan pihak berkuasa menyatakan bahawa simpanan air negara pada waktu ini masih mencukupi untuk menyokong keperluan pusat data dan penduduk.
Setakat ini, bekalan simpanan air yang tersedia hanya sekitar 11.5% sedangkan pembukaan pusat data ini akan menyebabkan peningkatan sekitar 5% penggunaan air.
Johor sebagai hab utama pusat data di Malaysia dalam perancangan menambah rizab air sebanyak 25% menjelang 2029 untuk mengatasi kekurangan bekalan air di masa depan.
Walaubagaimanapun, kerajaan dilihat masih perlahan dalam merangka dasar untuk tenaga boleh diperbaharui walaupun pusat data sedang rancak dibuka di Malaysia.
Dalam pembentangan Bajet 2026, kerajaan memperuntukkan Dana Peralihan Tenaga Negara sebanyak RM150 juta untuk menyokong industri dan pelabur tenaga hijau.
Antara industri tenaga boleh diperbaharui yang disentuh di dalam Bajet 2026 ialah solar, biojisim, biogas dan hidro kecil.
Tiada pemfokusan yang sepenuhnya disentuh oleh kerajaan melibatkan penggunaan air untuk menjana operasi pusat data.
Jika ada pun, bajet RM150 juta yang diperuntukan oleh kerajaan untuk sumber air sebenarnya tidak mencukupi untuk membina projek simpanan air.
Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia memerlukan anggaran RM637 bilion dalam pelaburan baru hingga 20250 untuk menyokong perlaihan tenaga boleh diperbaharui – termasuk penjanaan, rangkaian grid dan sistem simpanan tenaga.
Apabila dikaitkan dengan aspeK bekalan air untuk pusat data atau industri besar, komponen kos bukan hanya pemasangan sistem tetapi juga infrastruktur besar, pengurusan sumber air, pemantauan dan perubahan operasi yang boleh menelan kos ratusan juta ringgit.
Malaysia Hanya Menjadi Pak Turut Sahaja
Mungkin tidak terlalu melampau jika mengatakan Malaysia hanya menjadi pak turut sahaja untuk negara luar dalam membuka pusat data milik syarikat luar seperti AWS, Oracle dan Google.
Negara-negara seperti Norway dan Amerika Syarikat sudah mula menentang pembukaan pusat data di negara sendiri tetapi Malaysia menerimanya dan mencanang ia adalah hasil pelaburan yang baik.
Sudah lah menggunakan sumber air yang begitu banyak, peluang pekerjaan juga terhad dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk satu pusat data itu pun hanya melibatkan kemahiran rendah sahaja.
Sumber tanah dan air menggunakan milik kita tetapi hasilnya hanya mengalir keluar sahaja dinikmati oleh syarikat asing.
Adakah pelaburan pusat data di Malaysia ini hanya sekadar mengikut trend semata-mata asalkan mahu mencantikkan rekod kerajaan yang kononnya berjaya menarik pelaburan yang berbilion ringgit?