Hutang Negara Malaysia Hampir Mencapai Tahap Bahaya

hutang negara malaysia

Sekarang Dewan Rakyat menjadi tumpuan jutaan mata rakyat Malaysia yang fokus menonton perbahasan dan ucapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Malaysia mengenai Belanjawan 2026 tetapi ramai yang terlepas pandang soal hutang negara Malaysia.

Kerajaan menyajikan peruntukan yang manis-manis sahaja kepada rakyat dan dari sudut luarannya ia nampak begitu positif.

Hal ini tidak menafikan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya untuk golongan B40 namun sewajarnya kerajaan perlu berhati-hati dengan pengurusan kewangan negara.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada akhir Jun 2025 yang lalu, hutang persekutuan adalah sebanyak RM1.304 trilion bersamaan 64.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Hutang ini terdiri daripada 98.3% hutang domestik dan 1.7% hutang luar negeri.

Kadar 64.7% daripada KDNK berdekatan dengan had undang-undang 65% yang mana ia adalah paras yang dianggap kritikal oleh pakar kewangan kerana mewakili tahap risiko yang tinggi kepada kestabilan fiskal negara.

Tambahan lagi, jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti kerajaan dan projek infrastruktur juga meningkatkan risiko kewangan keseluruhan yang tidak boleh diabaikan oleh kerajaan.

Kerajaan Wajar Telus Dalam Pengurusan Hutang Negara Malaysia

Pengurusan hutang negara perlu dilakukan sebaiknya bagi memastikan ekonomi negara tidak berhadapan dengan masalah yang mendatang.

Kadar 64.7% yang hampir melepas paras kritikal 65% bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana besar implikasinya kepada kesejahteraan kewangan negara.

Kerajaan perlu menolak budaya pengumpulan hutang tanpa kawalan dan sebaiknya menekankan reformasi disiplin fiskal yang ketat.

Sasaran utama adalah mengurangkan defisit fiskal  secara berperingkat daripada 5% pada tahun-tahun sebelumnya kepada 3.5% atau lebih rendah pada 2026, seterusnya ke arah 3% dalam jangka sederhana.

Pengurangan defisit ini bermakna kerajaan mengeluarkan hutang baharu dalam jumlah yang lebih terkawal, sekaligus mengehadkan pertambahan hutang keseluruhan.

Bukan itu sahaja malahan kerajaan perlu agresif dalam memerangi ketirisan dan pembaziran serta meningkatkan tadbir urus dan ketelusan dalam pengurusan kewangan awam.

Hal ini termasuk pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan penggubalan RUU Perolehan Kerajaan yang mengikat kuasa Menteri Kewangan dan memberi ruang untuk pemantauan melalui Tribunal.

Dengan adanya institusi yang diperkukuh dan penguatkuasaan ketat, risiko penyalahgunaan dan pembaziran dana dapat diminimumkan.

Janjikan Apa Yang Kamu Tuaikan Dahulu

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar kotakan apa yang pernah dijanjikan olehnya sewaktu menjadi pembangkang dahulu – mengurangkan kadar hutang negara.

Dahulu beliaun lantang memberi ceramah kepada kerajaan soal pengurusan hutang yang teruk hingga mencanang negara akan bankrap.

Kini rakyat memerhatikan bagaimana pula hutang negara ini akan diuruskan dengan baik tidak seperti kerajaan terdahulu yang beliau maklumkan kepada rakyat bahawa begitu teruk hutang negara waktu itu diuruskan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yatırım Dünyasının Sıradışı Keşifleri

Next Post

Melbet 2025: полный обзор международной БК для русскоязычных игроков

Related Posts