Umur Persaraan Naik: Masa Depan Belia Terbantut?

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar melaporkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun. Pertimbangan ini barangkali disuarakan kerana mengambil kira faktor negara ini yang akan menuju kepada negara tua, yang mana 15% rakyat Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas menjelang 2030.

Antara faktor yang membolehkan cadangan ini diteruskan adalah dengan adanya justifikasi tentang pengalaman yang lebih banyak ada pada tenaga kerja yang berumur sedemikian berbanding tenaga kerja muda yang masih terbatas pengetahuan dan pengalamannya. Selain itu, ianya juga penting bagi mengurangkan tekanan kewangan kepada sistem pencen & KWSP dan wujudnya laporan kesihatan warga tua sekarang yang tidaklah seteruk waktu dulu.

Ustaz Meor Azim selaku Pemuda Berjasa memberi pandangannya dengan menyokong pendekatan kerajaan yang mengambil langkah berhati-hati sebelum segera memutuskannya. Namun begitu, beliau merasakan mereka yang benar-benar pakar sahaja perlu dilanjutkan tempoh pekerjaan bagi memberi ruang dan peluang kepada anak muda bagi menempa kerjaya awal mereka. Beliau tidak menafikan ramai penjawat awam masih produktif dan mampu menyumbang secara signifikan melebihi umur 60.

“Saya merasakan pembaharuan perlu ada dari sudut tenaga kerja, bimbang jika masih ada antara mereka yang di dalam jabatan penjawat awam adalah mereka yang tidak mapan serta ketinggalan, sehingga tidak mampu untuk adaptasi teknologi baru yang berkembang dan datang dengan pesat di negara kita. Cadangan ini mungkin boleh disertakan dengan penilaian kesihatan mandatori. Kita tidak mahu penjawat awam yang kerap mengambil cuti atas faktor fizikal yang lemah sehingga menjadi punca kelembapan prestasi kemajuan dalam sektor kerajaan”, tambahnya.

Ustaz Meor Azim juga mencadangkan beberapa solusi kepada kerajaan untuk dilaksanakan seperti kajian berdasarkan data yang merangkumi penilaian aspek kesihatan, kesediaan mental, dan implikasi jangka panjang, penubuhan sistem persaraan berperingkat atau berfasa. Selain itu, pembukaan peluang, latihan dan kerjaya kepada anak muda supaya tidak berlaku keciciran. Sokongan sosial sistematik seperti bancian masa dan sokongan fiskal yang lebih strategik bagi warga tua yang masih produktif dilihat boleh membantu memperkemaskan lagi polisi ini dengan lebih baik dan menyeluruh.

“Kita harapkan polisi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada generasi senior, tetapi juga membuka ruang dan harapan yang adil kepada generasi muda sebagai pewaris masa depan”, tegasnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penafian muhyiddin & Siasatan SKMM: Perdana Menteri Salah Guna Kuasa?

Next Post
bendera malaysia terbalik

Mengapa Isu Bendera Malaysia Terbalik Sering Berlaku Saban Tahun?

Related Posts