Cukai SST Terhadap Buah Import Bakal Kurangkan Pengambilan Nutrisi Oleh Rakyat Malaysia

cukai sst

Penguatkuasaan cukai SST atau dikenali dengan nama penuhnya cukai perkhidmatan pada 1 Julai 2025 ini dijangka memberikan kutipan sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Hamzah Azizan berkata pelaksanaan cukai SST ini dilihat dapat memperkukuhkan ruang fiskal kerajaan persekutuan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Hal ini dalam masa yang sama juga dapat membantu kerajaan untuk menambah jumlah bantuan tunai kepada rakyat hasil daripada kutipan cukai SST ini.

Senarai Barang Yang Dikenakan Cukai SST

Cukai SST yang akan dilaksanakan nanti dikenakan kadar sifar cukai jualan ke atas barangan keperluan seperti beras, daging ayam dan sayur-sayuran tetapi memperkenalkan cukai sebanyak 5% ke atas barangan seperti ketam raja, ikan salmon, trufel dan minyak pasti.

Produk seperti basikal lumba, lukisan tangan antik dan sisa sekerap tungsten pula akan dinaikkan kadar cukainya daripada 5% kepada 10%.

Selain itu, kerajaan juga meluaskan asas cukai dan mengenakan cukai sebanyak 8% ke atas perkhidmatan seperti penyewaan dan pajakan, perkhidmatan kewangan dan kecantikan serta cukai sebanyak 6% ke atas perkhidmatan pembinaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Pengenalan cukai SST pastinya tidak akan mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dicanang-canang untuk dikembalikan sebelum ini.

Baik Untuk Pendapatan Kerajaan, Buruk Untuk Kesihatan Rakyat

Cukai SST sememangnya secara matematik akan memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan namun ada satu sudut pandang yang perlu difokuskan iaitu mengenai kesukaran rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan sihat.

Kadar 5% cukai SST yang dikenakan terhadap buah-buahan seperti avokado, epal, oren dan lemon akan menyebabkan kenaikan harga dan menyukarkan rakyat untuk mendapat akses kepada buah segar yang kaya nutrisi seperti vitamin C dan serat.

Sudah timbul kebimbangan yang dibangkitkan oleh kumpulan pengguna dan pakar kesihatan bahawa peningkatan harga ini boleh mengurangkan pengambilan buah-buahan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Sedangkan pengambilan buah adalah penting untuk kesihatan jantung, sistem penghadaman dan daya tahan badan.

Ironinya dahulu cukai GST tidak mengenakan langsung kepada produk buah-buahan dan kini SST mengambil langkah yang berbeza dengan mengkategorikannya sebagai wajib cukai kerana berstatus produk import.

Mungkin akan ada saranan yang meminta rakyat Malaysia mula beralih kepada buah-buahan tempatan seperti manggis, pisang, langsat dan rambutan.

Ada sudut positifnya cukai SST dikenakan kepada buah-buahan import bagi memastikan industri buah-buahan tempatan memiliki kelangsungan yang berterusan namun adakah bekalan buah-buahan tempatan ini cukup untuk menjadi barang pengganti kepada buah-buahan import?

Kerajaan seharusnya mula memberikan galakan yang agresif kepada petani untuk meningkatkan pengeluaran dan mempertingkatkan teknologi simpanan serta pengangkutan untuk membawa buah-buahan tempatan ini ke pasar raya.

Dalam masa yang sama juga agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga ekosistem pertananan negara seperti FAMA dan MARDI perlu rancak mempromosikan buah-buahan tempatan kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sudah dikenali dengan jumlah penyakit obesiti yang tertinggi di Asia maka kita tidak mahu akses kepada makanan sihat dibebankan disebabkan oleh harga yang tinggi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
speed limiter

Sejak 2016 Sudah Dicadangkan Pasang “Speed Limiter” Pada Bas

Next Post
kemalangan bas upsi

Ahmad Maslan Dakwa Kemalangan Bas UPSI Bukan Berpunca Daripada Jalan Rosak

Related Posts