Kes TIBI Meningkat: Perkasa Sistem Kesihatan Negara

Peningkatan mendadak kes batuk kering (Tibi) di negeri Melaka daripada 1,040 kes kepada 1,121 kes dalam tempoh setahun bukan sekadar statistik, tetapi amaran keras bahawa sistem pengesanan dan pencegahan penyakit berjangkit kita semakin lemah.


Tibi bukan penyakit baharu, dan Malaysia bukan negara yang kekurangan pakar kesihatan awam. Namun, kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri menyebut bahawa penyakit ini gagal dikesan awal kerana simptomnya tidak disedari pesakit. Soalannya, di mana keberkesanan pengawasan komuniti, pemeriksaan kesihatan berkala, dan kesedaran awam yang sepatutnya digerakkan secara berterusan oleh kementerian dan kerajaan negeri?


Isu ini menelanjangkan bagaimana kerajaan hari ini lebih sibuk berpolitik, melancarkan kempen populis, dan berbelanja besar pada projek-projek kosmetik, sementara penyakit yang terbukti membunuh secara senyap terus merebak dalam komuniti khususnya dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah dan berisiko tinggi.


Jika penyakit seperti Tibi yang boleh dicegah dan dirawat awal pun masih gagal dikawal, bagaimana rakyat mahu percaya pada janji-janji kesihatan menyeluruh, reformasi sistem kesihatan, dan keterjaminan sosial? Kesihatan bukan soal kempen, ia soal nyawa.


Sudah tiba masanya kerajaan memperkukuh semula infrastruktur kesihatan asas, memperkasa pengesanan awal dan sistem saringan komuniti, serta memastikan tiada rakyat tertinggal daripada rawatan hanya kerana kurang akses atau kelekaan pihak berkuasa sendiri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah Rancangan Pembinaan Kota Madani Langkah Tepat?

Next Post

Isu Air UMS: PMX Janji, Tapi gagal Tunaikan

Related Posts