Harga Rumah Di Lembah Klang Dijangka Naik 4% Pada 2025

harga rumah

Syarikat hartanah CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd menjangkakan harga rumah di Lembah Klang diunjur meningkat sebanyak 4% pada 2025 terutamanya rumah bertanah di kawasan Petaling Jaya.

Peningkatan ini didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut selain kenaikan kos bahan mentah.

Pengarah bersekutu penyelidikan dan perundingannya, Mary Kein mengatakan demikian susulan kesukaran membeli rumah bertanah di Lembah Klang terutamanya di beberapa kawasan seperti Petaling Jaya, Bangsar, Mont Kiara, Hartamas dan Subang.

Tambah beliau lagi, permintaan terhadap hartanah bertingkat berdekatan dengan stesen Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) juga tinggi.

Makin Ramai Rakyat B4O Tidak Mampu Memiliki Rumah Dek Kenaikan Harga Rumah

Berita mengenai kenaikan harga rumah untuk 2025 ini memberikan khabar yang tidak gembira kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti B40 untuk membeli rumah.

Bukan sahaja golongan B40 yang berdepan kesukaran ini malahan golongan yang berpendapatan sederhanaa iaitu M40 juga merasakan yang sama.

Hal ini ditambah lagi dengan keputusan kerajaan yang memansuhkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bermula 1 April 2023 sekaligus tiada lagi kaedah untuk pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Pembeli rumah pertama perlu menyediakan deposit 10 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli sama seperti pembeli yang lain.

Sudah banyak laporan yang memaparkan kesedihan rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah sendiri namun hanya mampu melihatnya sahaja dek harga yang begitu mahal.

Hal ini tidak mustahil jika pada masa akan datang pemilikan rumah oleh orang tempatan akan makin berkurangan jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera.

Sebelum ini juga terdapat laporan yang mengatakan ramai warga China di Malaysia ingin membeli rumah di Malaysia terutamanya di kawasan Bukit Bintang, Bangsar, dan Kenny Hills.

Keadaan ini akan menyebabkan hartanah-hartanah di Malaysia hanya akan dikuasai oleh warga asing sahaja.

Kerajaan boleh mengambil langkah dengan duduk berbincang bersama bank-bank untuk memudahkan golongan belia untuk membuat pinjaman.

Sebagai contohnya, golongan yang bekerja dalam golongan gig seperti penjaja yang tiada payslip dan sebagainya pastinya akan sukar untuk membuat pinjaman perumahan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
identiti nasional malaysia

Identiti Nasional Malaysia Ialah Melayu Islam Dan Pemimpin Negara Wajar Jelas Berkenaannya

Next Post
kk mart ham and cheese

Selepas Isu Kalimah Allah Di Stokin, KK Mart Kembali Dengan Isu Sandwic Ham And Cheese Yang Tidak Halal

Related Posts