Townhall KITA: Cakna Kesihatan Mental Anak Muda – Seruan Pemudi BERJASA

AYER KEROH:  Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberi kesedaran isu kesihatan mental yang berlaku kalangan anak muda yang merupakan pelapis kepimpinan negara. Kenyataan ini disampaikan oleh Puan Nur Azliza Rajiain ketika sesi syarahan ‘Suara Wanita Wibawa’ sempena pelancaran Kesepakatan Wanita Tanah Air (KITA), di sini kelmarin.

Azliza Rajiain, yang juga merupakan Ketua Pemudi BERJASA memetik isu yang tular baru-baru ini di Kajang, yang mana seorang wanita warga China yang kemurungan lalu mengamuk sambil memegang pisau sehingga mencederakan tujuh mangsa selepas terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat. Ini juga menggambarkan kemudaratan besar yang boleh berlaku apabila seseorang itu menghidap penyakit mental.

“Statistik terbaru melaporkan kadar kemurungan dalam kalangan perempuan seperti 18.5% telah berfikir untuk membunuh diri, 14.3% merancang untuk membunuh diri dan 13.8% dari mereka juga telah pun berjaya mencuba membunuh diri. Isu kesihatan mental ini wajar dipandang berat kerana ia dijangka oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjadi bebanan utama pada tahun 2030. Oleh kerana itu, sudah tiba masanya wujud penyelesaian afirmatif untuk isu ini”, ujarnya.

Beliau juga berpandangan apa yang berlaku ini memberi signal buruk kepada keadaan anak muda yang bukan sahaja semakin sedikit dengan faktor kelahiran yang semakin rendah, tetapi yang sedia ada pula terbabit juga dengan isu kesihatan mental. Kebimbangan ini adalah relevan kerana kita memerlukan anak muda hari ini yang sihat tubuh badannya, sejahtera mentalnya dan merekalah generasi yang bakal memimpin negara suatu hari nanti.

“Kerajaan dan Ahli Parlimen diseru untuk menggunakan kuasa yang ada bagi merawat masalah ini dari akar seperti memperluaskan akses rawatan dan merangka pelbagai lagi perancangan strategik buat mereka. Para pimpinan badan bukan kerajaan juga perlu bersama-sama mewujudkan kesedaran kesihatan mental dan mengangkat isu ini supaya masyarakat lebih peka kepada kesihatan mental. Isu ini bukan sekadar angka malah ianya tentang nyawa dan masa depan negara.”, tegasnya.

Puan Azliza menyeru semua berusaha perbanyakkan ruang untuk mendengar dan membantu golongan-golongan ini kerana ianya juga adalah usaha membina watan, membangun ummat dan memastikan pemimpin kita adalah pemimpin berwibawa, rakyat yang kuat dan negara yang lahir sebagai negara berdaulat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Townhall KITA: Ibu Bapa Sebagai Guru Keluarga – Seruan Wanita BERJASA

Next Post
teknologi ai di malaysia

MARS1000: Cip AI Pertama Malaysia, Teknologi AI Di Malaysia Sedia Berkembang

Related Posts