Tarif Amerika Syarikat: Daripada 24% Kepada 25%, Apa Yang Berlaku?

tarif amerika syarikat

Penetapan tarif Amerika Syarikat daripada nilai kadar 24% kepada 25% jelas menunjukkan wujud sesuatu yang tidak kena dengan hasil rundingan antara kerajaan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan penetapan tarikh pelaksanaan tarif baharu akan bermula 1 Ogos ini namun dalam masa yang sama juga menyebut tarikh ini ini “adalah tegas tetapi tidak 100% tegas”.

Hal ini bermakna beliau yang mewakili Amerika Syarikat masih membuka ruang kepada rundingan untuk menyesuaikan dengan kadar tarif yang diminta oleh negara yang terlibat termasuk Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Malaysia akan terus berusaha melalui dialog dan rundingan dengan AS bagi mencari penyelesaian terbaik serta mengurangkan impak tarif tersebut.

Apa Yang Dibincangkan Di Dalam Rundingan Tarif Amerika Syarikat?

Hingga kini kerajaan tidak mendedahkan butiran yang dibincangkan bersama kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha mengurangkan tarif ini.

Sebelum ini Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perundingan ini terikat dengan perjanjian untuk tidak mendedahkan kepada butiran kepada umum.

Peningkatan kadar 1% daripada 24% kepada 25% telah menimbulkan rasa skeptikal tentang proses rundingan itu berlangsung.

Sebuah badan pemikir iaitu Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam kenyataannya berkata perbezaan kecil antara tarif ‘Liberation Day’ (24%) dan ‘kadar akhir’ tarif (25%) mencerminkan kurangnya kemajuan bermakna dalam rundingan dua hala dijalankan secara tertutup.

IDEAS melahirkan kekhuatiran jika Malaysia terjebak dalam halangan tindak balas perdagangan atau dipaksa membuat pilihan palsu antara kuasa besar dunia.

Sebaiknya Malaysia tidak seharusnya dibiarkan dibuli oleh negara lain bagi memenuhi tuntutan “melampau” mereka yang merujuk kepada Amerika Syarikat.

Dalam satu pandangan yang lain pula, analisis yang dibuat oleh Phil Mattingly yang dipetik daripada portal CNN berpendapat bahawa pengumuman tarif ini lebih kepada strategi rundingan untuk mendapatkan konsensi tambahan bukannya keputusan yang sudah muktamad.

Wujud juga pandangan yang mengatakan ketidaktentuan dan ruang rundingan ini diwujudkan sebagai “leverage” dalam perbincangan dua hala.

Berbaki lebih kurang 2 minggu lagi sebelum kadar tarif ini berkuatkuasa untuk dilaksanakan dan semestinya ia satu tempoh yang singkat untuk dibawa rundingan.

Waktu yang singkat pastinya akan mewujudkan keadaan yang begitu terdesak sama ada salah satu pihak akan mengalah atau tidak dan ini merupakan permainan Amerika Syarikat untuk cuba mendapatkan apa yang mereka mahu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

New

Next Post
brics

BRICS Dan Ancaman Tarif Tambahan: Mengapa Kita Perlu Bangun Dan Bertindak?

Related Posts