Suspek Utama Korupsi Pertamina, Riza Chalid Didakwa Berada Di Malaysia

riza chalid pertamina

Suspek utama kes korupsi Pertamina, Riza Chalid didakwa oleh laporan akhbar tempatan Indonesia sedang berada di Malaysia dipercayai melarikan diri daripada didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia.

Direktorat jenderal imigrasi Indonesia di Kementerian Hukum dan Hak Asasi memaklumkan pihak sedang bekerjasama dengan imigresen Malaysia bagi mengesahkan keberadaan Riza Chalid.

Rizad Chalid dilaporkan tidak pernah kembali semula ke negaranya iaitu Indonesia sejak meninggalkan republik itu seperti yang didakwa oleh Pemangku Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia, Yuldi Yusman.

Tempo, sebuah akhbar tempatan Indonesia melaporkan bahawa Riza Chalid direkodkan sudah berada di Malaysia sejak 6 Februari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno – Hatta.

Tujuan beliau melarikan diri ke Malaysia dilihat sebagai usaha untuk beliau lari daripada didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia berkaitan kes korupsi mega melibatkan Pertamina.

Siapa Riza Chalid?

Mohammad Riza Chalid atau dipanggil dengan panggilan Reza Chalid merupakan seorang ahli perniagaan daripada Indonesia yang terkenal dalam pelbagai bidang perniagaan seperti ladang kelapa sawit, jus dan petroleum.

Beliau mendapat gelaran “Saudagar Minyak” ataupun “The Gasoline Godfather” kerana dianggap sangat dominan dalam perniagaan pengimportan minyak petroleum khususnya melalui anak syarikat PT Pertamina yang berpangkalan di Singapura iaitu Petral.

Kekayaan beliau dilaporkan sebanyak USD30 juta per tahun dengan nilai keseluruhannya adalah USD415 juta menjadikannya salah satu ahli perniagaan terkaya di Indonesia menurut sumber Globe Asia.

Statusnya sebagai taikun minyak petroleum dapat dilihat dengan pegangannya di dalam syarikat Supreme Energy, Paramount Petroleum, Straits Oil dan Cosmic Petroleum.

Walaubagaimanapun, beliau juga terpalit dengan kes korupsi mega Pertamina yang menjadi sorotan utama media di Indonesia sehingga membawa kepada suspek terbesar kes ini.

Riza Chalid Suspek Kes Korupsi Mega Pertamina

Perkaitan Riza Chalid dengan Pertamina apabila berlalu kes korupsi utama yang melanda PT Pertamina, syarikat gas dan minyak milik negara Indonesia berlaku dalam tempoh antara 2018 hingga 2023 dengan nilai kerugiannya dianggarkan mencecah antara Rp193 trilion hingga Rp 968 trilion (sekitar USD12 bilion – USD58 bilion)menjadikannya antara skandal terbesar dalam sejarah Indonesia.

Isu ini didapati bermula manipulasi urus niaga import minyak mentah, pengubahan bahan bakar subsidi dan campur tangan dalam pengurusan kontrak termasuk penyelewengan dalam urusan sewa terminal minyak.

Sebahagian besar kerugian berlaku kerana pegawai tinggi Pertamina berkomplot dengan pengusaha swasta dan broker untuk mengelakkan peraturan penyerapan minyak mentah tempatan seterusnya memberi laluan kepada urusan import dan eksport yang tidak mematuhi peraturan negara.

Modus operandi korupsi ini dijalankan adalah dengan manipulasi import dan eksport minyak iaitu pegawai Pertamina telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan minyak mentah tempatan kononnya atas alasan kualiti, membenarkan syarikat minyak tempatan mengeksport minyak mereka.

Sebaliknya minyak asing diimport dengan harga tinggi melalui perantara yang dipercayai memberi komisen kepada pihak tertentu.

Mereka yang terlibat juga bertindak campurtangan dalam pajakan terminal minyak dengan perjanjian pajakan bersama terminal minyak Merak (Banten) yang dimasukkan secara paksa dalam pengurusan Pertamina walaupun syarikat itu tidak memerlukan tambahan storan minyak.

Keadaan ini menyebabkan inflasi nilai kontrak yang akhirnya mendatangkan kerugian yang besar kepada negara.

Selain daripada itu juga, rakyat Indonesia begitu berasa tertipu dengan penipuan yang dilakukan oleh Pertamina apabila ditemui juga dakwaan bahawa bahan bakar subsidi (RON 90) dicampur dengan bahan bakar berkualiti tinggi (RON 92) bagi memaksimumkan keuntungan pihak-pihak tertentu.

Riza Chalid didapati sebagai suspek kepada kes korupsi ini kerana beliau merupakan pemilik manfaat (beneficial owner) kepada syarikat-syarikat seperti PT Navigator Khatulistiwa dan PT Orbit Terminal Merak yang didakwa menerima manfaat daripada perjanjian sewa bersama terminal minyak Merak secara tidak sah.

Beliau juga didakwa bekerjasam dengan pegawai-pegawai tinggi Pertamina untuk memasukkan perjanjian sewa terminal yang tidak diperlukan ke dalam polisi syarikat negara itu seterusnya membawa kerugian kepada negara.

Anak beliau, Muhammad Kerry Ardianto Riza turut didakwa atas peranan sebagai pengurus syarikat penghantaran minyak swasta dalam jaringan yang sama.

Sanusi Pernah Dakwa Beliau Ada Hubungan Dengan Anwar Ibrahim

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pernah mendakwa sebelum ini bahawa Riza Chalid telah membuat permohonan berkaitan kawasan lombong sumber nadir bumi (REE) dan menyatakan beliau hadir bersama Anwar beberapa minggu sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Media turut melaporkan bahawa pada hari yang sama Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, Riza Chalid menubuhkan syarikat bernama Triple Golden Innovation yang bertujuan untuk menjalan perniagaan berasaskan perlombongan REE di Malaysia.

Dakwaan itu lantas dinafikan oleh Anwar Ibrahim yang mengadakan tujuan Riza Chalid datang ke Kedah adalah sebagai kunjungan hormat tanpa ada kaitan dengan apa-apa urusan perniagaan atau REE.

Soal syarikat Triple Golden Innovation itu juga ditegaskan oleh beliau bahawa tiada bukti kukuh penubuhan syarikat tersebut dikaitkan secara langsung dengan beliau sama ada dalam urusan perniagaan ataupun politik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
elaun oncall kkm

KKM Maklumkan Elaun On-Call Doktor Belum Dapat Dinaikkan Lagi

Next Post
nick adams malaysia

Pelantikan Nick Adams: Malaysia Bukan Tapak Uji Politik Kanan Melampau Amerika

Related Posts