Solusi Kepada Anwar Ibrahim Untuk Ekonomi Madani Malaysia

ekonomi madani

Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu megah memaklumkan bahawa ekonomi Madani yang dirangka olehnya telah melonjakkan imej Malaysia di mata pelabur asing.

Beliau memaklumkan bahawa pemerintahannya telah menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 4.4% hingga 5.2% dalam beberapa suku tahun terakhir serta peningkatan pelaburan strategik, ekonomi negara masih menghadapi beberapa kelemahan serta cabaran yang perlu ditangani.

Antara kelemahan dan cabaran ekonomi Madani yang mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim terlepas pandang ialah mengenai inflasi dan kos sara hidup.

Walaupun kadar inflasi terkawal sekitar 2.8%, rakyat masih mengalami beban kos sara hidup yang tinggi dan ketidakseimbangan dalam harga barang terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah serta golongan belia yang mengalami gangguan separa.

Selain itu, kadar pengangguran keseluruhan memang menunjukkan penurunan tetapi kadar pengangguran dalam kalangan belia dan graduan masih menjadi masalah yang belum tuntas sehingga memerlukan perhatian dan inisiatif khusus dalam mencipta peluang pekerjaan berkualiti.

Polemik ketidaktentuan ekonomi ini seakan tidak menggambarkan seruan beliau yang menekankan perlunya reformasi struktur dan ekonomi berteraskan “Ekonomi Madani” yang inklusif dan berdaya saing.

Naib Presiden BERJASA, Ir Lukman Al Hakim tampil menjelaskan beberapa solusi yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu ini.

Ekonomi Madani Malaysia Perlu Mudahkan Rakyat

Ir Lukman Al Hakim melihat isu birokrasi yang semakin lama menghimpit rakyat terutamanya kepada golongan peniaga perlu disemak kembali.

Golongan peniaga khususnya peniaga kecil dan sederhana (PKS) amat memerlukan bantuan modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan mahupun bertahan dalam keadaan ekonomi yang penuh mencabar.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya mencontohi negara Bangladesh yang memudahkan pemberian pinjaman kredit mikro kepada peniaga terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dan usahawan mikro di peringkat akar umbi.

Sistem mikro kredit di Bangladesh telah dibangunkan secara meluas dan diakui dunia sebagai salah satu kejayaan terbesar dalam memerangi kemiskinan dan memacu pembangunan ekonomi inklusif.

Institusi mikro kewangan di Bangladesh seperti Grameen Bank, BRAC, ASA dan PKSF menyediakan pinjaman kecil tanpa memerlukan cagaran besar yang akhirnya membolehkan golongan miskin membuka pernigaan kecil, meningkatkan pendapatan isi rumah dan memperbaiki tarif hidup.

Langkah ini boleh diambil contoh oleh kerajaan dengan mengimplementasikan perkara yang sama kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Malaysia.

Apabila mereka berjaya mendapat sokongan modal daripada kerajaan tanpa melalui proses birokrasi yang rumit, peluang pekerjaan juga dapat diwujudkan untuk rakyat tempatan.

Selain itu, kerajaan juga diseru untuk memantapkan lagi proses kutipan cukai dalam usaha meningkatkan jumlah hasil pendapatan negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sering menyeru untuk mengutip cukai daripada golongan maha kaya yang bermaharajalela menikmati hidup mewah di Malaysia.

Sedangkan jika diamati beliau langsung tidak memberikan spesifikasi tentang golongan yang bagaimanakah maha kaya ini.

Oleh hal yang demikian, kerajaan dilihat sepatutnya memfokuskan untuk mengutip cukai yang lebih tinggi daripada syarikat multinasional yang begitu kaya menjarah hasil berbentuk fizikal dan modal di Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini baru sahaja memperkenalkan Cukai Minimum Global (GMT) pada kadar 15% mulai tahun 2025 untuk syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro.

Pelaksanaan GMT ini adalah inisiatif antarabangsa yang bertujuan memastikan syarikat multinasional besar membayar cukai korporat minimum yang adil tidak kira di mana mereka beroperasi dan melindungi negara seperti Malaysia daripada pengalihan keuntungan ke negara berhutang cukai rendah.

Selain memperkenalkan GMT ini, kerajaan dilihat ada kewajaran untuk melaksanakan Income Inclusion Rule dan Qualified Domestic Minimum Top-up Tax bagi menangani isu pengalihan dan kutipan cukai rendah.

Tahun 2025 adalah tahun yang mencabar kepada ekonomi global dengan konflik perang dan tarif Amerika Syarikat muncul dalam tempoh yang sama maka kerajaan perlu bijak dalam menjaga kedaulatan ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pelaburan langsung asing

Malaysia Catat Aliran Pelaburan Langsung Asing Lebih Rendah Berbanding Negara Jiran Lain

Next Post
pulau batu puteh

Hilang Pulau Batu Puteh, Malaysia Boleh Fokus Bangunkan Batuan Tengah

Related Posts