RUU URA 2025: BERJASA Gesa Perhalusi Dahulu Sebelum Muktamadkan

ruu ura 2025

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim pada hari Selasa yang lalu turun bersama-sama ahli pembangkang lain yang terdiri daripada PAS dan BERSATU ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap RUU URA 2025.

RUU URA 2025 atau nama penuhnya Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 dicadangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPKT) Nga Kor Ming kononnya untuk mencantikkan rumah pangsa atau flat yang sudah uzur.

Ramai pihak sivil mahupun ahli politik pembangkang dan sebahagian daripada blok kerajaan menyuarakan bantahan terhadap RUU URA 2025 ini kerana dilihat akan meminggirkan sesetengah komuniti, khususnya golongan berpendapatan rendah serta menguntungkan pemaju.

Zamani Ibrahim dalam kenyataannya sewaktu penyerahan memorandum tersebut juga mengatakan bahawa beliau bersama ahli pembangkang bukannya membantah sepenuhnya URA ini namun meminta kerajaan untuk perhalusi dahulu ia sebelum dimuktamadkan sepenuhnya.

“Saya lihat begitu banyak lompong yang boleh ditambah baik dalam RUU ini memandangkan ia baru dibahas untuk bacaan pertama dan kedua nanti. Sebaiknya kerajaan perhalusi terlebih dahulu.

“Walaupun batang tubuh kami tidak dapat masuk ke Parlimen untuk suarakan bantahan, namun suara rakyat yang kami bawa akan terus kami wakilkan untuk bersuara kepada kerajaan”, tegas beliau di hadapan media.

RUU URA 2025 Banyak Lompong, Minta Tangguhkan Dulu

Seruan Zamani Ibrahim ini turut disuarakan oleh ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR iaitu Hassan Karim yang menggesa kerajaan tidak tergesa-gesa dalam meluluskan RUU ini kerana ia dilihat bercanggah dengan Perlembagaan dalam soal hak pemilikan tanah.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa semua ahli Parlimen daripada BN menyatakan kebimbangan dan mahu supaya RUU ini ditangguhkan terlebih dahulu.

Sewajarnya RUU ini dilakukan secara berhati-hati dan teliti bagi memastikan tiada mangsa yang terjerat kesan daripada pelaksanaan RUU ini.

Walaubagaimanapun, Nga Kor Ming ada mengeluarkan kenyataan yang angkuh dengan menegaskan pembentangan RUU URA ini akan tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan.

Mulakan Pembandaran Semula Di Kawasan Kampung Baru Cina

Nga Kor Ming sering menyebut RUU URA ini dibuat bagi memastikan orang Melayu yang majoritinya penduduk di flat usang untuk mendapat kediaman yang lebih selesa.

Namun mengapa beliau tidak mahu mulakan dengan melakukan pembangunan yang sama terhadap Kampung Baru Cina yang juga sudah bertahun dibangunkan dan kelihatan usang.

Alasan yang diberikan adalah kerana mahu mendapatkan pengiktirafan UNESCO maka tidak boleh dilakukan pembangunan semula.

Jelas di sini bahawa Nga Kor Ming dan pihak kerajaan hanya bersikap selektif dalam ingin menjalankan RUU ini atas dasar kononnya untuk kesejahteraan rakyat.

Nga Kor Ming wajar ingat bahawa rumah dan tanah adalah milik individu maka meletakkan kuasa kepada majoriti untuk meluluskan projek pembangunan semula ke atas semua unit rumah adalah tidak adil.

Usah bersikap menyebelahi pemaju dan berkiblatkan kapitalis.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ruu perolehan kerajaan 2025

RUU Perolehan Kerajaan 2025: BERJASA Bantah Kuasa Luas Diberikan Pada Menteri Kewangan

Next Post
hari kebangsaan

BERJASA Seru Betulkan Naratif Hari Kemerdekaan, Kembalikan Roh & Maruah Hari Kebangsaan Kita

Related Posts