Ringgit Melemah Jika Industri Pelancongan Malaysia Tidak Mesra Pelancong

industri pelancongan malaysia

Pengukuhan mata wang Ringgit telah memberikan khabar yang baik kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi namun industri pelancongan Malaysia didapati boleh menyebabkan Ringgit kembali melemah.

Hal ini demikian kerana sebahagian rakyat Malaysia mungkin akan memilih untuk membelanjakan duit mereka di luar negara untuk melancong kerana tidak berpuas hati dengan kualiti tempat pelancongan di Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia di laman sosial meluahkan kekesalan tentang kualiti tempat pelancongan di Malaysia yang mana mereka melihat harganya terlalu mahal dan tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan kepada pelancong.

Berbeza dengan destinasi pelancongan di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang dikatakan lebih berbaloi untuk melancong kerana murah berbanding dengan Malaysia.

Media juga melaporkan bahawa bilangan 100,000 rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand pada September lalu telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM100 juta di Thailand.

Hal ini menunjukkan bahawa kuasa beli rakyat sudah pulih namun ia tidak dibelanjakan di dalam negara sendiri.

Kerajaan Gagal Tonjolkan Kelebihan Industri Pelancongan Di Malaysia

Bukan setakat aduan terhadap harga yang mahal perlu dibelanjakan untuk melancong di Malaysia malahan kini timbul pula isu daftar masuk dan keluar hotel di negara ini.

Isu ini mula apabila tular segelintir pihak hotel bertindak menetapkan waktu daftar masuk premis mereka bermula pada pukul 4 petang manakala keluar pula seawal pukul 11 pagi.

Ada sumber lain juga mengatakan bahawa bukan sahaja hotel yang menetapkan peraturan sedemikian malahan inap desa turut mengambil langkah yang sama.

Bertambah malang apabila pelanggan akan dikenakan caj tambahan jika terlewat mendaftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu bilik disediakan.

Pihak hotel pula memberikan jawapan yang sekadar melepaskan batuk di tangga dengan mendakwa pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan.

Susulan isu ini semakin mendapat perhatian rakyat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu ini bagi mencari penyelesaian yang adil tanpa membebankan pelanggan.

Industri pelancongan Malaysia akan menjadi lesu jika isu ini tidak diselesaikan sedangkan banyak lokasi pelancogan menarik boleh ditonjolkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia dan orang luar.

Namun begitu, kerajaan dilihat gagal untuk mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia ini dengan begitu baik kepada rakyat Malaysia ditambah dengan penetapan harga yang mahal dan peraturan daftar masuk dan keluar yang mengarut daripada pihak hotel.

Maka tidak hairan pakar ekonomi daripada Universiti Malaya memberi amaran bahawa Ringgit akan melemah kerana rakyat Malaysia akan membelanjakan RM130 juta di luar negara kerana melancong di Malaysia langsung tidak menarik untuk mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
teknologi ai

Apa Itu Teknologi AI & Contoh Penggunaan AI Di Malaysia

Next Post
belanjawan 2025

Belanjawan 2025: Apa Jangkaan Topik Pembentangannya Nanti?

Related Posts