‘Rain Rave 2026’: Pemudi kecam kenyataan Menteri Pelancongan, gesa kerajaan kaji semula kelulusan – Nur Azliza Rajiain, Ketua Pemudi BERJASA

Rain rave
rain rave

KUALA LUMPUR, 28 April — Pemudi Berjasa mengecam kenyataan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing, berhubung penganjuran Festival Muzik Air “Rain Rave 2026”, yang disifatkan tidak sensitif terhadap kebimbangan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, sayap wanita parti itu menyifatkan respons menteri yang melabel pengkritik sebagai keterlaluan serta kenyataan “jika tidak suka, jangan pergi” sebagai tidak bertanggungjawab.

Azliza berkata kenyataan sedemikian mencerminkan kegagalan memahami keresahan rakyat terhadap unsur hiburan melampau yang didakwa dibawa oleh festival tersebut.


‘Tidak wajar normalisasi hiburan melampau’

Pemudi Berjasa menegaskan bahawa Malaysia tidak seharusnya meniru budaya luar secara membuta tuli atas nama pelancongan.

Dalam pada itu, mereka berpandangan festival berbentuk pesta air seperti “Rain Rave 2026” sering dikaitkan dengan budaya hedonisme dan pergaulan bebas, yang dianggap bertentangan dengan norma serta sensitiviti masyarakat tempatan.

Malaysia ialah negara berdaulat yang mempunyai identiti, nilai dan budaya tersendiri, bukan sekadar destinasi pelancongan,” menurut kenyataan itu.


Risiko implikasi sosial

Walaupun dilihat merancakkan pelancongan, Pemudi Berjasa berkata pendekatan itu berisiko membawa kesan sosial negatif.

Hal ini kerana, penganjuran festival sedemikian boleh membuka ruang kepada normalisasi budaya hiburan yang melampaui batas.


Tiga gesaan kepada kerajaan

Sehubungan itu, Pemudi Berjasa mengemukakan tiga tuntutan utama kepada kerajaan:

  1. Menghentikan usaha menormalisasikan hiburan yang bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan.
  2. Menilai semula kelulusan festival seumpama ini yang berpotensi mencetuskan implikasi sosial negatif.
  3. Mengutamakan pembangunan pelancongan berteraskan budaya, warisan dan identiti nasional.

Tanggungjawab pertahan identiti nasional

Mereka menegaskan Menteri Pelancongan mesti mempertahankan identiti nasional, bukan memudah cara budaya asing yang bercanggah nilai.

Malaysia tidak akan maju dengan meniru budaya luar secara membuta tuli. Kemajuan sebenar adalah apabila kita mampu berdiri dengan identiti dan prinsip sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.

IN2040 yang dilancarkan BERJASA telah menghuraikan permasalahan identiti nasional dan perpaduan yang ada di Malaysia. Malah isu yang hangat diperkatakan ini adalah wajar bagi Kementerian Pelancongan untuk menggunakan pelbagai pendekatan yang lebih strategik dan bermaruah.

Kita mahukan pendekatan yang mampu memulih dan memperkasakan pembentukan identiti nasional rakyat Malaysia sehingga berjaya mencipta hegemoni budaya yang boleh disebarkan ke platform antarabangsa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kemelut adat

Kemelut Adat: Anak jati Negeri Sembilan seru keharmonian diutamakan – Fatin Saidah, Pemudi BERJASA Negeri Sembilan

Related Posts