PRN Sabah 2025: Sentimen “Sabah For Sabahans” Masih Laku

prn sabah 2025

Pilihanraya Negeri Sabah (PRN Sabah) 2025 kali ke-17 dijangka akan diadakan sebelum 11 November 2025 setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Dalam menghadapi ambang PRN Sabah ini, muncul spekulasi yang mengatakan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor akan membubarkan DUN seawal minggu ketiga Julai 2025.

Hal ini semuanya bergantung kepada beliau yang pastinya ingin membubarkan DUN ketika gelombang politik Sabah sedang memihak kepada parti beliau iaitu parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Ketibaan PRN Sabah nanti ini juga pasti tidak akan terlepas dengan slogan ataupun sentimen “Sabah for Sabahan” yang boleh dikatakan sebagai gula-gula politik kepada pengundi Sabah.

Sama seperti Sarawak, Sabah juga terikat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntukkan beberapa hak kepada Sabah terutamanya dalam perkara melibatkan imigresen, hasil mineral dan undang-undang.

Keadaan yang berlaku di Sarawak ini semestinya akan cuba dimainkan oleh ahli politik di Sabah bagi mendapatkan sokongan politik daripada rakyat Sabah.

PRN Sabah: Jika Sarawak Boleh, Sabah Juga Boleh

Keadaan yang berlaku di Sarawak yang mana kerajaan negeri Sarawak berjaya menjadikan syarikat minyak PETROS sebagai agregator gas tunggal di Sarawak pasti memberikan inspirasi kepada Sabah untuk melakukan perkara yang sama.

Mereka berpendapat jika Sarawak boleh melakukannya, pastinya Sabah juga boleh memandangkan kedua-duanya terikat dengan MA63.

Maka tidak mustahil untuk Sabah mendapatkan hak yang sama seperti Sarawak dapatkannya dalam mengambil contoh penubuhan PETROS.

Rakyat dan parti tempatan Sabah dijangka akan memainkan sentimen “Sabah for Sabahan” dalam memastikan autonomi negeri dan pemberian hak MA63 diberikan kepada Sabah dengan lebih kuat.

Dalam masa yang sama juga parti tempatan Sabah mendakwa mereka lebih memahami keperluan negeri berbanding dengan parti persekutuan seperti BN dan PN.

Bridget Welsh menegaskan sentimen “anti-Umno/persekutuan” sedang meningkat, dan gabungan blok Sabah dapat melemahkan pengaruh persekutuan.

Selain sentimen politik, isu asas seperti infrastruktur (jalan rosak, bekalan air/elektrik tidak stabil), pengangguran dan kedaulatan Sabah di bawah MA63 turut menghidupkan sokongan pengundi.

Bukan itu sahaja malahan rakyat merasakan janji pembangunan negeri belum ditunaikan terutamanya di kawasan luar bandar.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
keuntungan petronas

Keuntungan PETRONAS Susut 32%, Apa Yang Berlaku?

Next Post
anwar ibrahim gst

Anwar Ibrahim Tidak Faham Tentang Cukai GST

Related Posts