Malaysia Wajar Tolak Pelantikan Nick Adams Sebagai Duta

nick adams malaysia

Malaysia mempunyai hak untuk menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia dengan menggunakan Artikel 4 Konvensyen Vienna.

Artikel tersebut memberikan hak kepada sesebuah negara termasuk Malaysia untuk menolak duta yang dilantik ke negara itu.

Perkara 4 Konvensyen Vienna menyatakan persetujuan rasmi daripada negara penerima diperlukan sebelum negara lain boleh menghantar calon dutanya.

Hak ini termasuk juga tidak memerlukan negara penerima untuk menyatakan sebab mengapa negara tersebut tidak bersetuju dengan calon tersebut.

Pada 11 Julai lalu, Presiden AS Donald Trump mencalonkan Nick Adams yang merupakan seorang pempengaruh keturunan Amerika Syarikat – Australia, penulis serta individu yang menggelarkan dirinya sebagai “Alpha Male” sebagai duta AS ke Malaysia baru-baru ini.

Pelantikan beliau ini tidak disenangi oleh rakyat awam kerana melihat sejarah ciapannya di laman media sosial terutamanya di aplikasi X yang begitu menjengkelkan.

Keperibadian Nick Adams Tidak Sesuai Dengan Budaya Malaysia

Donald Trump telah membuat kesilapan dengan melantik Nick Adams yang dikenali dengan larat belakangnya yang begitu kontroversi untuk menjawat jawatan duta AS ke Malaysia.

Nick Adams menunjukkan retorik di media sosial yang mengandungi unsur kebencian, rasisme dan Islamofobia dengan penuh sifat melampau.

Pendirian dan kenyataan yang beliau terjemahkan jelas bertentangan dengan semangat hubungan dua hala yang matang antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana pasti akan menerima masalah yang besar jika Nick Adams menjadi duta AS di sini.

Bukan itu sahaja malahan Nick Adams pernah menyokong secara terbuka rejim Zionis dan menentang perjuangan rakyat Palestin.

Sokongan beliau terhadap rejim Zionis kelihatan begitu jelas apabila beliau pernah menekan sebuah restoran di AS untuk memecat pekerjanya yang memakai pin Free Palestine.

Pelantikan Nick Adams sebagai duta AS ke sini akan menunjukkan satu penghinaan kepada Malaysia yang begitu konsisten dalam menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin daripada penjajah rejim Zionis.

Selain itu, kredibiliti beliau sebagai diplomat diragui memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman formal dalam bidang diplomasi.

Pelantikan beliau ini dipercayai lebih kepada “ganjaran” kerana menyokong kempen Donald Trump di media sosial dan merupakan aktivis politik konservatif.

Medan Ujian Untuk Malaysia Selesaikannya Secara Baik

Kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya sedar bahawa Nick Adams bukan calon yang sesuai untuk menjawat jawatan itu memandangkan pendirian dan latar belakangnya yang langsung tidak sesuai untuk menjalankan tugas di Malaysia.

Namun dalam masa yang sama kapasiti AS sebagai negara kuasa besar dunia perlu dilihat secara serius jika benar Malaysia ingin menolak pelantikan Nick Adams ini.

Hal ini tidak bermaksud bahawa Malaysia perlu menerima sahaja Nick Adams ini atas alasan ingin menjaga hati negara kuasa besar ini namun amat diharapkan agar ia mampu diselesaikan dengan baik.

Dengan kelebihan Malaysia yang sudah pun dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan diplomasi, hal ini amat diyakini Malaysia mampu menyelesaikan isu ini dengan baik tanpa memudaratkan rakyat sendiri.

Semestinya banyak pertimbangan yang difikirkan oleh kerajaan dalam isu ini apatah lagi hingga kini kerajaan masih berunding dengan AS untuk menurunkan kadar tarif AS terhadap Malaysia namun kehormatan negara juga perlu dijaga sebaiknya.

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan bermaruah maka mana-mana individu ataupun entiti yang mahu beroperasi mahupun menjalankan tugas perlu menghormati dasar Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PMX cuba ‘Mengatur’ Siapa Ketua Hakim Negara seterusnya?

Next Post

PKR Tenggelam dalam retorika Reformasi?

Related Posts