Keuntungan PETRONAS Susut 32%, Apa Yang Berlaku?

keuntungan petronas

Topik mengenai syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS telah menjadi perbincangan awam bukan sahaja berkenaan pemberhentian lebih 5,000 pekerjanya tetapi mengenai pendapatan keuntungan PETRONAS yang susut 32% pada 2024.

Dalam melihat senario tindakan PETRONAS yang akan memberhentikan pekerjanya ini, hal ini dilihat sebagai proses “rasionalisasi korporat” yang normal untuk syarikat besar seperti PETRONAS.

Namun antara perkara yang kurang diperhalusi oleh orang ramai ialah mengenai pendapatan keuntungan PETRONAS yang telah susut sebanyak 32%.

Keuntungan PETRONAS Susut 32% Pada 2024 Dek Tekanan Harga Minyak Mentah

Laporan kewangan PETRONAS bagi tahun 2024 menunjukkan keuntungan bersih merosot sebanyaj 32% kepada RM55.1 bilion berbanding RM80.7 bilion pada 2023.

Hal ini disebabkan oleh penyebab tekanan harga minyak mentah Brent yang berada sekitar AS$65 setong jauh lebih rendah daripada unjuran belanjawan syarikat yang berada di antara AS$75 hingga AS$80 setong.

Hal ini menunjukkan model dan struktur lama perniagaan petroleum semakin hilang relevan dalam landskap ekonomi global.

Maka hal ini menunjukkan bahawa operasi pemberhentian tenaga kerja PETRONAS serbanyak 10% atau bersamaan dengan 5,000 orang ini dilihat sebagai satu tindakan menyusun kembali struktur, penjajaran semula proses, pengubahsuaian budaya kerja dan penetapan semula keutamaan strategik untuk tidak terlalu bergantung kepada industri petroleum semata-mata.

Walaupun polemik antara PETRONAS dengan PETROS diura-urakan menjadi penyebab kepada pemberhentian 5,000 tenaga kerja PETRONAS ini, tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa walaupu PETROS masih beroperasi di bawah Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016 dan bekerjasama dengan PETRONAS melalui Perjanjian Komersial Gas 2023, Akta Pembangunan Petroleum 1974 tetap memberi kuasa eksklusif kepada PETRONAS.

PETRONAS Ingin Fokus Kepada Model Ekonomi ESG

Dunia kini sedang beralih ke ekonomi rendah karbon secara besar-besaran menjadikan model berasaskan petroleum semakin lapuk dan PETRONAS telah menyedari hakikat ini secara senyap dan sudah pun mula menggantikan banyak fungsi manual dengan automasi, analitik data dan kecerdasan buatan (AI).

PETRONAS sudah mula ingin beradaptasi dengan model ekonomi ESG iaitu model ekonomi yang merujuk kepada pendekatan ekonomi yang menggabungkan pertimbangan Alam Sekitar (Environmental), Sosial (Social) dan Tadbir Urus (Governance) dalam membuat keputusan perniagaan, pelaburan dan dasar kerajaan.

ESG bukan sekadar satu kerangka penilaian pelaburan semata-mata tetapi satu model pembangunan mampan yang semakin digunakan oleh sektor awam dan swasta.

PETRONAS melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti dipetik daripada portal Dagang News pernah berkata “margin yang mengecil dan telaga semakin kecil” memberi isyarat bahawa model perniagaan petroleum klasik sudah tamat tempoh.

PETRONAS tidak akan tumbang seperti yang dimomokkan oleh sesetengah ahli politik tetapi syarikat ini sedang melalui fasa pembentukan model ekonomi yang baharu dan cuba sedang beradaptasinya.

Hal ini amat penting bagi memastikan jenama PETRONAS terus relevan dalam dunia ekosistem tenaga global dan tidak ketinggalan jauh daripada syarikat lain.

Persoalannya yang sepatutnya ditanya ialah adakah kerajaan akan terus menyokong PETRONAS dalam memasuki model ekonomi baharu ini?

Sama-sama kita mendoakan agar PETRONAS terus kekal berdaya saing di peringkat global sambil membawa jenama Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kemalangan bas upsi

Ahmad Maslan Dakwa Kemalangan Bas UPSI Bukan Berpunca Daripada Jalan Rosak

Next Post
prn sabah 2025

PRN Sabah 2025: Sentimen “Sabah For Sabahans” Masih Laku

Related Posts