Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kekebalan (imuniti) daripada saman sivil yang difailkan oleh Muhammad Yusoff Rawther kembali membangkitkan persoalan besar: adakah Perdana Menteri sedang cuba melindungi sesuatu yang lebih gelap daripada yang didedahkan?
Kes ini bukan lagi soal politik biasa. Ini adalah dakwaan gangguan seksual antara sesama jantina, yang sepatutnya diberi perhatian serius oleh sistem kehakiman dan rakyat yang mahu pemimpin bersih dari sebarang skandal moral. Namun apa yang berlaku ialah, Anwar kini cuba menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk mengelak daripada menjawab di mahkamah terbuka.
Adakah dakwaan Yusoff Rawther selama ini hanya akan disenyapkan begitu sahaja? Kenapa tidak hadapi kes ini dengan berani? Bukankah seorang pemimpin yang tidak bersalah seharusnya menyambut saman ini untuk membuktikan dirinya bersih bukan mohon “kebal” daripada menjawab?
Rakyat berhak tahu kebenaran. Dalam masa yang sama kerajaan sibuk mempromosikan toleransi terhadap LGBT dan normalisasi gaya hidup songsang secara halus, kes ini semakin menimbulkan kecurigaan: adakah pemimpin tertinggi negara sendiri ada sejarah yang cuba disorok daripada pengetahuan umum?
Jika benar negara ini menjunjung undang-undang dan moral, maka tiada siapa walau seorang perdana menteri boleh menggunakan jawatan untuk melindungi diri daripada dakwaan sebegini. Lebih-lebih lagi apabila ia menyentuh persoalan akhlak, maruah dan kelayakan moral untuk memimpin.
Jangan gunakan imuniti untuk lari daripada isu gay. Gunakan keberanian untuk membersihkan nama, jika benar tiada apa yang disembunyikan.