Jenayah Buli: Tindakan Tegas perlu dilaksanakan

KOTA KINABALU: Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkenaan kejadian seorang pelajar sekolah di Sabah yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut. Beliau merupakan pelajar Tingkatan Satu disahkan meninggal dunia. Insiden ini juga akhir-akhir ini dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli yang berlaku di sekolah berkenaan.

Luahan ramai pihak menyatakan kebimbangan berkaitan adanya elemen dan unsur buli dalam kes ini. Ibu kepada mangsa ini juga tidak terkecuali dalam mengiyakan kemungkinan adanya faktor buli sebagai punca kepada terjadinya tragedi tersebut kepada anaknya. Walau bagaimanapun, kejadian ini masih dalam siasatan pihak polis dan kerjasama penuh juga diberikan oleh KPM kepada pihak berkuasa bagi memastikan adanya pembelaan terhadap mangsa.

Saudari Nor Azliza Rajian yang merupakan Ketua Pemudi Berjasa berkata, masalah buli dalam kalangan remaja di sekolah sepatutnya boleh dikesan awal jika sekolah benar-benar menjalankan pemantauan secara serius dan menyeluruh. Malaysia juga dalam sebuah laporan pada 2018, berada di tempat ke tiga di Asia dalam kategori negara tidak selamat akibat peningkatan kes jenayah seperti buli.

“Statistik buli di sekolah yang meningkat saban tahun perlu dipandang berat oleh institusi pendidikan. Sekolah perlu memberi penekanan terhadap penjagaan akidah murid-murid bagi memastikan tiadanya kepincangan hati yang dialami mereka sehingga berani melakukan kemudaratan kepada orang lain. Purata empat kes buli setiap bulan menandakan kritikalnya situasi ini di tempat yang menjadi pencetus minda dan kemahiran anak-anak.” katanya.

Beliau juga berpandangan semua pihak perlu berperanan dalam isu ini. Antaranya, pihak sekolah perlu menjalankan tatacara pengendalian piawai atau kata mudahnya, SOP yang memastikan pemantauan berkala dijalankan termasuklah sesi kaunseling bersama kumpulan-kumpulan pelajar, aktiviti-aktiviti yang memberi pengisian rohani, membuat pemasangan CCTV atau sistem keselamatan yang boleh mengesani elemen-elemen buli atau perkara-perkara tidak sihat dan luar kebiasaan yang berlaku di dalam sekolah.

“Saya merasakan faktor luar juga memainkan peranan dalam membentuk corak hidup dan budaya generasi kita sekarang. Boleh jadi juga disebabkan banyaknya tayangan hiburan yang berbentuk keganasan di luar sana, yang mana tidak dibataskan umur untuk menonton dan kesudahannya menjadi punca anak-anak saat ini berani mencuba dan menormalisasikan aktiviti yang ganas dan jauh dari syariat. Jadi, kerajaan perlu menilai semula dan memastikan tapisan filem juga mengambil kira pengaruh atau kesan yang boleh berlaku kepada anak-anak muda kita.”, tambahnya.

Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dijadikan sebagai instrumen dalam memastikan pihak sekolah tidak menyembunyikan kes-kes buli yang ada tersimpan hanya dalam pengetahuan mereka sahaja. Pihak sekolah perlu menjadi ‘rakan baik’ bersama agensi-agensi keselamatan seperti PDRM supaya dapat memupuk budaya cakna kepada keselamatan dan membanteras sebarang aktiviti yang berunsur jenayah berlaku di kawasan sekolah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hutang malaysia terkini

Hutang Malaysia Terkini Diunjur Cecah RM1.33 Trilion, Melebihi Had Siling

Next Post

pil Prep: KKM Perlu Hentikan Akses yang Mudah

Related Posts