Jangan Anak Tirikan Industri Beras Tempatan – Presiden BERJASA

beras tempatan

BANGI – Kerajaan tidak sepatutnya terus menganak tirikan industri beras tempatan walaupun berdepan kesukaran untuk membangunkannya. Misalnya di Kelantan, Selangor dan Kedah yang mempunyai kawasan yang sesuai untuk industri penanaman padi maka kerajaan perlu berusaha sedaya upaya untuk membangunkan industri beras tempatan di sana.

Demikian tegas Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim dalam mengulas mengenai polemik isu bekalan beras yang berkurang di pasar raya kini. Isu ini boleh dikatakan sebagai isu nasional setelah Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin berkata sebahagian besar pasar raya di Semenanjung masih belum memperoleh bekalan beras putih tempatan pada harga RM26 sekampit bagi berat 10 kilogram (kg).

Dalam mengulas isu ini, Zamani Ibrahim senada dengan Datuk Syed Abu Hussin yang mempersoalkan di manakah bekalan beras MADANI seperti yang dijanjikan oleh kerajaan. Hasil daripada respon ramai orang, bekalan beras MADANI masih lagi belum ada di pasaran menyebabkan mereka tidak banyak pilihan untuk memilih beras dengan harga yang lebih rendah.

Tambah beliau, timbul satu persoalan jika harga beras yang ada sekarang akan dijual dengan harga yang lebih tinggi dengan anggaran harga sebanyak RM47. Maka apabila rakyat sudah begitu tertekan dengan harga beras yang mahal, maka baru lah kerajaan akan mengeluarkan beras MADANI untuk dijual di pasaran.

“Waktu itu akan menampakkan harga beras MADANI yang berharga RM30 itu murah setelah sekian lama rakyat membeli beras dengan harga yang mahal. Sedangkan saya berpandangan beras masih lagi boleh dijual dengan harga yang lebih murah daripada itu kerana sebelum ini kita pernah membeli beras dengan harga RM26”.

“Saya bimbang jika kerajaan sebenarnya tidak mampu pun untuk mengeluarkan beras MADANI dengan harga RM30. Besar kemungkinan ini adalah strategi kerajaan untuk mengaburi mata rakyat yang terhimpit dengan krisis bekalan beras yang berkurang dan mahal”, tegas beliau.

Selain itu, beliau menyarankan kerajaan untuk terus serius dalam membangunkan industri pertanian negara. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sifat semula jadinya dan sesuai untuk industri pertanian maka sayang jika kerajaan terus mengabaikan industri ini melemha begitu sahaja.

“Sudah masanya negara kita mampu menjana hasil pertanian sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada import. Sampai bila kita mahu bergantung pada taikun-taikun yang sentiasa memanipulasi harga hingga menyebabkan rakyat begitu terkesan”, kata beliau.

Terdahulu, kerajaan telah menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Februari lalu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
beras tempatan

Di Manakah Beras Tempatan?

Next Post
beras

Beli Banyak Stok Padi Tetapi Beras Tempatan Tiada Di Pasaran

Related Posts