Hutang Malaysia Terkini Diunjur Cecah RM1.33 Trilion, Melebihi Had Siling

hutang malaysia terkini

Hutang Malaysia terkini seperti yang dilaporkan oleh Kenanga Research diunjur mencecah RM1.33 trilion atau 65.9% iaitu melebihi had siling yang ditetapkan tahun ini dan meningkat daripada tahun lepas iaitu sebanyak RM1.22 trilion untuk tahun 2024.

Kenanga Research dalam laporan tersebut berpendapat hal ini disebabkan oleh keadaan ekonomi yang semakin perlahan dan peningkatan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan.

Angka ini melebihi unjuran yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi tahun 2025 iaitu sebanyak 64% dan juga had statutori sebanyak 65%.

Hal ini disokong lagi dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada separuh kedua 2025 yang menurunkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dan seterusnya meningkatkan nisbah hutang.

Di bawah undang-undang fiskal Malaysia, kerajaan perlu memastikan jumlah keseluruhan hutang tertunggak kekal di bawah 65% daripada jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara.

Hal ini merupakan satu had yang telah dinaikkan daripada 60% sebelum pandemik bagi memberi ruang kepada langkah rangsangan.

Unjuran Hutang Malaysia Terkini Meningkat, Bakal Burukkan Ekonomi

Secara amnya, peningkatan hutang negara melebihi had siling berpotensi membawa beberapa kesan buruk.

Sebagai contohnya, apabila hutang negara meningkat dan melebihi had yang ditetapkan, persepsi risiko dalam kalangan pelabur antarabangsa boleh meningkat.

Hal ini akan menyebabkan Malaysia terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi untuk pinjaman baharu yang akhirnya akan membebankan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan ruang fiskal untuk pembangunan atau perkhidmatan awam.

Selain itu, agensi penarafan kredit antarabangsa akan memantau tahap hutang negara yang mana peningkatan hutang negara yang berterusan melebihi had siling boleh menyebabkan penurunan penarafan kredit negara.

Penurunan penarafan kredit boleh menjejaskan keyakinan pelabur, aliran keluar modal berlaku dan menyukarkan kerajaan untuk mendapatkan pinjaman pada masa hadapan.

Keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara juga akan berkurang yang akan menyebabkan penurunan nilai mata wang tempatan iaitu Ringgit Malaysia (RM).

Penyusutan nilai Ringgit akan meningkatkan kos import dan inflasi serta meningkatkan beban pembayaran balik hutang dalam denominasi mata wang asing.

Dalam aspek yang lain, memang benar sebahagian besar hutang kerajaan persekutuan Malaysia adalah dalam dominasi Ringgit iaitu sebanyak 97.2% yang mengurangkan pendedahan kepada risiko tukaran asing.

Namun begitu, jika terdapat sejumlah besar hutang yang perlu dibiayai semula dalam jangka pendek dan keadaan pasaran tidak mengizinkan, kerajaan mungkin menghadapi cabaran untuk mendapatkan dana yang diperlukan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulunya sewaktu menjadi pembangkang begitu rancak menghentam kerajaan semasa soal hutang negara.

Pelbagai hasutan dan laungan yang keluar daripada mulutnya mengatakan negara ini akan bankrap akibat pengurusan hutang yang buruk.

Kini beliau pun sudah menjadi Perdana Menteri dan mentadbir kerajaan persekutuan maka semua mata tertumpu kepada gaya pemerintahannya untuk menguruskan hutang negara ini dengan baik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pulau batu puteh

Hilang Pulau Batu Puteh, Malaysia Boleh Fokus Bangunkan Batuan Tengah

Next Post

Jenayah Buli: Tindakan Tegas perlu dilaksanakan

Related Posts