Hilang Pulau Batu Puteh, Malaysia Boleh Fokus Bangunkan Batuan Tengah

pulau batu puteh

Isu mengenai Pulau Batu Puteh kembali mendapat tumpuan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyebut di dalam Parlimen bahawa kerajaan tidak akan mengesyorkan siasatan jenayah terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad diteruskan melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Hal ini dibuat atas faktor usia dan hormat terhadap bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang negarawan namun Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terbuka untuk siasatan terhadapnya diteruskan oleh kerajaan.

RCI ini ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri untuk kedua kalinya pada 2018 telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh secara unilateral tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan telah dimaklumkan kepada Singapura sahaja.

Ramai pihak yang beranggapan keputusan beliau itu sebagai satu yang begitu kontroversi dan dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Tidak kurang juga ada yang melihat ia sebagai satu pengkhianatan kepada kedaulatan negara hingga membawa kepada kecaman yang hebat terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanapun, keputusan untuk tidak meneruskan tuntutan terhadap Pulau Batu Putih ini dibuat atas bukti undang-undang yang jelas dan lebih memihak kepada Singapura sahaja maka proses tuntutan itu dihentikan bagi mengelakkan pembaziran dana yang berlaku tanpa membawa kepada kemenangan tuntutan untuk Malaysia.

Singapura Ada Bukti Kukuh Pulau Batu Puteh Miliknya

Meletakkan kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kehilangan Pulau Batu Puteh adalah satu tuduhan yang tidak tepat.

Melihat dalam konteks undang-undang, Singapura mempunyai kelebihan yang besar jika dibandingkan dengan Malaysia dalam menuntut Pulau Batu Puteh.

Pertama, Singapura mempunyai salinan dokumen yang secara jelas menyatakan bahawa kerajaan negeri Johor yang diwakili oleh Dato’ Mohd Seth bin Saaid selalu pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor telah melepaskan tuntutan Johor ke atas Batu Pateh, terumbu dan pulau-pulau kecil di sekitarnya kepada pentadbir British di Singapura.

Kedua, pihak kerajaan Malaysia sendiri di dalam peta rasmi pada tahun 1965, 1974 dan 1975 telah meletakkan Pulau Batu Puteh ke dalam wilayah milik Singapura.

Bukti-bukti yang ditunjukkan melalui dokumen rasmi dan peta rasmi ini menampakkan bahawa Singapura kekal akan menang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan ini akan menyaksikan Malaysia kehilangan banyak wang untuk membiayai proses tuntutan di ICJ itu hanya untuk mendapat keputusan kalah dalam tuntutan semata-mata.

Maka keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan tuntutan bagi pihak Malaysia adalah satu keputusan yang tepat dan penubuhan RCI untuk mendakwa beliau adalah bermotifkan dendam politik sahaja.

Kerajaan Malaysia tidak perlu merasai kehilangan Pulau Batu Puteh sebagai satu pengakhiran kepada Malaysia untuk menguatkan wilayah perairan di bahagian selatan Malaysia kerana kita masih mempunyai Batuan Tengah yang hanya berjarak 1.1 kilometer dari Pulau Batu Puteh.

Fokus Bangunkan Batuan Tengah Untuk Kukuhkan Sempadan Maritim Malaysia

Batuan Tengah merupakan formasi maritim kecil yang hanya berjarak sekitar 1.1 km dari Pulau Batu Puteh.

Walaupun keluasannya dilihat begitu kecil, status maritimnya tidak boleh dinafikan begitu penting kerana menurut undang-undang laut, hak kedaulatan terhadap formasi ini boleh membawa tuntutan kawasan laut teritorial sepanjang 12 batu nautika.

Malaysia dicadangkan untuk terus fokus kepada pembangunan Batuan Tengah dengan menambaknya bagi mengubah status geografinya daripada sekadar “bantuan” kepada “pulau”.

Hal ini membolehkan Malaysia menuntut kawasan laut teritorial yang lebih luas menurut UNCLOS jika syarat-syarat “pulau” dipenuhi.

Langkah penambakan ini dapat memperkukuh kehadiran fizikal dan pentadbiran Malaysia seterusnya memberi impak kepada persepsi dan realiti geopolitik di kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja malahan ia melindungi kepentingan Malaysia dalam rundingan sempadan maritim masa hadapan.

Mungkin ramai yang melihat langkah ini sebagai satu tindakan yang memprovokasi Singapura namun kita harus sedar bahawa Singapura sudah lama memulakan projek penambakan dan pembangunan di sekitar Pulau Batu Puteh.

Maka langkah yang diambil ini sebagai isyarat bahawa Malaysia juga memiliki hak yang setara dengan Singapura untuk membangunkan aset maritimnya sendiri.

Walaubagaimanapun, Malaysia perlu bersedia untuk bertindak secara berhemah iaitu memastikan setiap pembangunan disandarkan pada penilaian impak alam sekitar, mematuhi perjanjian dua hala serta mengelak tindakan provokatif secara unilateral yang boleh mengeruhkan keadaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ekonomi madani

Solusi Kepada Anwar Ibrahim Untuk Ekonomi Madani Malaysia

Next Post
hutang malaysia terkini

Hutang Malaysia Terkini Diunjur Cecah RM1.33 Trilion, Melebihi Had Siling

Related Posts