FRU Terlibat Nahas: Kecuaian atau Kelemahan Sistem?

tragedi FRU

Pemuda BERJASA ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga 10 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan seorang pemandu kenderaan FRU yang terkorban dalam tragedi menyayat hati pagi ini di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan. Kami turut mendoakan agar mangsa yang cedera segera pulih dan keluarga mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi musibah ini.

Tragedi ini bukan sahaja meragut nyawa mereka yang baru pulang dari menjalankan tugas sempena sambutan Hari Wesak, malah menjadi isyarat penting terhadap kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang melibatkan pemandu kenderaan berat di negara ini.

Laporan awal menyatakan bahawa pemandu lori terbabit kini telah direman, dan lebih mengejutkan, beliau mempunyai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah dan rogol. Situasi ini amat membimbangkan dan menunjukkan bahawa sistem saringan serta pemantauan terhadap pemandu kenderaan berat masih lemah dan perlu dibaiki segera.

Sehubungan itu, Pemuda BERJASA menggesa:

  • Kenakan hukuman mengikut lunas undang-undang dan tindakan ke atas syarikat tersebut jika didapati ada unsur membahayakan.
  • Tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang cuai, termasuk sekiranya wujud unsur pelanggaran SOP pengangkutan logistik berat.
  • Kajian semula terhadap SOP penghantaran anggota keselamatan, termasuk penggunaan laluan, penyelenggaraan kenderaan, dan keselamatan konvoi.

Akhir kata, Pemuda BERJASA berdiri teguh bersama keluarga mangsa dalam detik penuh duka ini. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikira sebagai syuhada di sisi Allah SWT.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU PSB: Peluang Pembangunan atau Risiko Peminggiran Bumiputera?

Next Post

Rumah Mahal: Untuk Siapa Sebenarnya?

Related Posts