Dahulu Janji Mahu Ganti Azam Baki, Kini Diam Membisu, Di Mana Reformasi Kerajaan Madani?

Perhimpunan aman oleh lebih 60 orang baru-baru ini bagi mendesak Tan Sri Azam Baki meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bukan berlaku dalam vakum. Ia hadir sebagai simbol kekecewaan terhadap kerajaan Madani yang memungkiri janji utama mereka sebelum berkuasa iaitu reformasi institusi, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Siapa yang boleh lupa, sewaktu menjadi pembangkang dahulu, tokoh-tokoh dalam kerajaan hari ini lantang mendesak Azam Baki berundur. Mereka berjanji, sekiranya diberi mandat, kepimpinan SPRM akan diganti dan institusi itu akan diperkasa secara telus dan bebas daripada campur tangan politik.


Namun, setelah lebih dua tahun memerintah, tiada sebarang langkah konkrit diambil. Azam Baki masih kekal di tampuk kuasa. Reformasi institusi hanya tinggal retorik. Apa yang berlaku hanyalah pertukaran slogan bukan sistem.


Kerajaan Madani kini bukan sahaja gagal menunaikan janji, malah semakin terjerumus ke dalam perangkap yang dahulu mereka sendiri tentang. Jika Azam Baki dianggap tidak layak dahulu, apa yang berubah hari ini sehingga beliau terus dipertahankan secara senyap?


Jangan terus menipu rakyat dengan retorik kosong. Jika kerajaan serius tentang integriti, buktikan dengan tindakan bukan hanya bila musuh politik yang terlibat, tetapi juga bila janji sendiri sedang dikhianati.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PMX Takut Suara Rakyat Atau Gagal Tanggung Kritikan?

Next Post

The Evolution of Waiting: From Fish Reels to Modern Games 11-2025

Related Posts