BRICS Dan Ancaman Tarif Tambahan: Mengapa Kita Perlu Bangun Dan Bertindak?

brics

Dunia sekali ditampar dengan hebat selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan kenyataan untuk mengancam tarif tambahan sebanyak 10% ke atas negara anggota BRICS kerana dilihat sebagai blok yang “anti-Amerika”.

Kenyataan berupa ancaman ini telah membentuk ketidakstabilan geopolitik dan cuba mengubah norma perdagangan bebas.

Ketua Pemuda BERJASA, Meor Azim melihat isu ini bukan sekadar ancaman kepada ekonomi tetapi turut merupakan cabaran besar kepada kedaulatan dan kebebasan negara-negara membangun termasuk Malaysia

Ancaman Tarif Dan Kesannya Kepada Negara Membangun

Donald Trump melalui kenyataannya jelas menunjukkan sikapnya yang amat tegar dengan slogan “America First” kerana cenderung mendominasi dan mengabaikan kepentingan negara lain.

BRICS yang muncul sebagai alternatif blok ekonomi kepada negara-negara Selatan dan merangkumi lebih separuh populasi dunia dan 40% daripada output ekonomi global dilihat sebagai benteng multilaterisme di tengah-tengah konflik serta perang perdagangan.

Namun begitu, Washington sudah mula berasa terancam dengan pembentukan blok ini dan secara terang-terangan cuba mengekang pengaruh kumpulan ini.

Kenyataan tentang “dasar anti-Trump” sebenarnya masih kabur kerana tidak jelas sama ada negara-negara yang tidak sehaluan dengan Washington dikira sebagai penentang ataupun bukan.

Meor Azim berpendapat langkah yang diambil oleh negara Uncle Sam itu sebagai paksaan kepada negara-negara membangun untuk tunduk kepada mereka.

Ancaman tarif ini pastinya akan membebankan negara membangun seperti Malaysia kerana barangan yang dieksport oleh negara-negara ini akan tinggi harganya di pasaran Amerika Syarikat.

Kesannya, margin keuntungan syarikat pengeksport akan menurun dan syarikat ini akan terkesan untuk meneruskan operasi perniagaannya yang boleh menjurus kepada pemberhentian pekerja bagi menjimatkan kos.

BRICS: Harapan Baharu Di Tengah Gelora

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, dengan tepat menyifatkan BRICS sebagai pewaris Gerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement).

Dalam situasi di mana multilateralisme diserang dan autonomi negara-negara tercabar, BRICS muncul sebagai platform penting untuk menyuarakan kepentingan negara-negara Selatan Global.

Usaha BRICS untuk mereformasi institusi global seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa adalah langkah yang sangat dialu-alukan dan ini adalah usaha untuk memastikan tadbir urus antarabangsa mencerminkan realiti multipolar abad ke-21.

Peranan Pemuda BERJASA: Membina Kekuatan Dan Kedaulatan

Meor Azim berpendapat pemuda perlu memainkan peranan yang kritikal dengan tidak hanya perlu menjadi pasif kepada percaturan kuasa besar dunia.

Ancaman luaran ini memerlukan respons dalaman yang kukuh dan pemuda merupakan kunci utama sebagai penyelesai isu ini.

Dalam aspek pendidikan dan kesedaran, pemuda mesti dididik tentang implikasi dasar luar negara yang akan memberi kesan kepada ekonomi dan politik negara kita.

Kedua, ekonomi tempatan perlu diperkasakan bagi memastikan kebergantungan kepada pasaran tunggal dapat dikurangkan.

Antara langkah yang boleh diambil ialah penggalakan kepada inovasi, keusahawanan dan mencari pasaran baharu di luar blok tradisional.

Selain itu, beliau di atas kapasiti sebagai Ketua Pemuda BERJASA melaungkan jaminan bahawa BERJASA akan terus menyokong dasar luar negara yang pragmatik, berkecuali dan berani bersuara untuk kepentingan negara.

Pemuda BERJASA komited untuk terus menyokong kerajaan menjalinkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira blok kuasa demi memastikan kemakmuran dan keselamatan negara.

Beliau dalam masa yang sama juga menegaskan bahawa ancaman Amerika Syarikat ini adalah seruan untuk seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam memastikan Malaysia tidak tunduk kepada ancaman “buli” negara kuasa besar dunia ini.

Pemuda BERJASA sentiasa membuka pintu kepada semua pemuda Malaysia yang mempunyai semangat patriotik dan mempunyai impian untuk melihat Malaysia terus berdaulat dan maju.

Beliau menyeru untuk semua pemuda membangunkan kekuatan dalaman, memperkukuh jati diri bangsa bagi memastikan suara pemuda didengari di persada antarabangsa.

Ancaman ini mungkin kelihatan besar tetapi ia juga adalah peluang untuk rakyat Malaysia membuktikan ketahanan dan kebijaksanaan semua.

Beliau sebagai Pemuda BERJASA menyeru pemuda Malaysia untuk bersama BERJASA dalam membina sesebuah negara yang lebih kuat, berdaulat dan dihormati di seluruh dunia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tarif amerika syarikat

Tarif Amerika Syarikat: Daripada 24% Kepada 25%, Apa Yang Berlaku?

Next Post

PMX cuba ‘Mengatur’ Siapa Ketua Hakim Negara seterusnya?

Related Posts