Bolehkah Malaysia Menjadi Negara Maju Menjelang 2025?

negara maju

Perkhabaran mengenai Malaysia bakal menjadi negara maju menjelang 2025 nyata telah tersebar luas kepada rakyat Malaysia.

Bukan setakat rakyat Malaysia sahaja yang mendengar perkhabaran ini malahan berita ini juga telah tersebar luas di negara jiran kita, Indonesia sehingga diulas oleh media di sana.

Semestinya berita ini amat mengujakan rakyat Malaysia memandangkan hanya tinggal lebih kurang dua bulan sahaja untuk menuju tahun 2025.

Pembentangan Belanjawan 2025 akan dibentang pada bulan Oktober ini maka menarik untuk diketahui apakah perincian di dalam belanjawan itu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2025.

Apa Itu Sebenarnya Negara Maju?

Negara maju merujuk kepada negara yang mempunyai tahap pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur yang tinggi serta taraf hidup yang lebih baik berbanding negara-negara membangun atau kurang maju.

Negara dengan status ini biasanya dikenali dengan kemakmuran ekonomi, kualiti hidup yang tinggi dan sistem pentadbiran serta infrastruktur yang stabil dan efisien.

Selain daripada memiliki kekuatan ekonomi dan mampu berdaya saing, negara sebegini juga menawarkan kualiti hidup yang tinggi kepada warganya.

Kualiti hidup yang baik ini diukur melalui aspek kesihatan, pendidikan, keselamatan dan akses kepada perkhidmatan asas.

Bukan itu sahaja malahan negara di dalam kumpulan ini juga perlu memiliki institusi dan tadbir urus yang stabil terutamanya dari segi undang-undang yang kuat di mana tadbir urus yang baik diamalkan untuk memastikan kestabilan politik dan sosial.

Sesebuah negara itu juga perlu memberikan perhatian serius kepada pembangunan sosial dan kemampanan yang mana mereka amat komited terhadap keadilan sosial, kesaksamaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Sistem kesihatan dan pendidikan berkualiti tinggi menjadi syarat kepada Malaysia jika ingin mencapai status ini.

Sistem kesihatan dan pendidikan di negara maju sangat efektif dan tersedia untuk semua warga dengan kebanyakan perkhidmatan disubsidi atau dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Malaysia Hanya Akan Menjadi Negara Berpendapatan Tinggi

Laporan yang diberitakan oleh portal media melaporkan bahawa Malaysia akan menjadi negara maju adalah tidak benar kerana Malaysia kini hanya di ambang status negara berpendapatan tinggi.

Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi pesat dan inklusif yang mampan selama setengah abad telah membawa Malaysia hampir ke ambang negara berstatus berpendapatan tinggi.

Pengarah Cawangan Pengajian Negara, Jabatan Ekonomi OECD, Dr Luiz de Mello, berkata Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang luar biasa sejak beberapa dekad yang lalu.

Tambahan lagi, Malaysia juga telah mendahului rakan serantau dari segi pendapatan per kapita dan mengukuh menerajui sejak tiga dekad yang lalu.

Kenyataan ini telah menoktahkan mengenai persoalan adakah Malaysia bakal menjadi negara maju menjelang 2025 atau bukan.

Sebenarnya masih panjang lagi perjalanan bagi sebuah negara yang bernama Malaysia untuk menjadi negara maju kerana banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki sebelum menuju kepada status tersebut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ruu mufti wilayah

Ada Pihak Bantah RUU Mufti Wilayah Kerana Khuatir Malaysia Jadi Negara Islam

Next Post
hutang negara

Hutang Negara Berjumlah RM1.22 Trilion Amat Membimbangkan

Related Posts