BERJASA Serah Memorandum Bantahan Ke kedutaan AS, 5 Seruan Bebaskan Palestin

Kuala Lumpur – Parti BERJASA menyerahkan memorandum bantahan kepada sokongan dan resolusi pengkhianatan kepada penduduk Gaza dan seluruh rakyat Palestin oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS). Memorandum bantahan itu telah diserahkan oleh Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur hari ini.

Hal ini berikutan daripada kenyataan Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken yang menolak gencatan senjata di Gaza, secara jelas dan nyata menggambarkan pendirian AS sebagai sekutu rapat kepada kerajaan haram Israel. AS secara sedar bersama melakukan kezaliman melampau dan mengenakan tindakan tidak berperikemanusiaan kepada penduduk di Gaza dan Palestin.

Parti BERJASA mengecam tuduhan dan tindakan yang menyatakan bahawa gencatan senjata akan menggalakkan lebih banyak serangan daripada kerajaan Hamas.

Tindakan menipu, memanipulasi serta melabelkan kerajaan Hamas sebagai pengganas adalah tidak wajar sama sekali kerana umum mengetahui bahawa kerajaan Hamas dilantik melalui sistem demokrasi yang sah sebagai pentadbir Gaza dalam pilihanraya 2006 dan sentiasa konsisten berjuang mempertahankan tanah umat Islam yang dicerobohi secara haram oleh militan Israel sejak tahun 1948.

Antara intipati memorandum – Parti BERJASA menyeru agar :

  1. Amerika Syarikat (AS) segera melakukan usaha gencatan senjata di Gaza bagi memberhentikan kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan tanpa belas kasihan kepada penduduk di Gaza.
  2. Amerika SyaRikat (AS) yang menyokong kekejaman yang dilakukan oleh militan Israel dengan memberikan dana dan bantuan ketenteraan mesti bertanggungjawab terhadap pembunuhan, kezaliman dan segala bentuk tindakan tidak berperikemanusiaaan dan kemusnahan di Gaza.
  3. Menghentikan segala usaha, tindakan menipu, memanipulasi dan malabelkan kerajaan Hamas sebagai pengganas, serta melaporkan seolah-olah Israel adalah mangsa dalam peperangan ini.
  4. Penggunaan peluru berpandu, pesawat juang buatan AS dan bom fosfurus putih kepada penduduk Gaza dan Palestin adalah suatu jenayah perang yang dikecam teruk oleh komuniti dunia mesti dihentikan segera.
  5. Memberikan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan dengan kadar segera kepada penduduk Gaza dan seluruh rakyat Palestin.

Tindakan yang diharapkan ini adalah supaya Amerika Syarikat (AS) berdiri atas dasar keadilan dan kemanusiaan sepertimana yang dilaungkan selama ini. Kami mendesak agar pihak AS bersikap adil, rasional, tidak memejamkan mata atas jenayah perang yang semakin meruncing dan tidak berperikemanusiaan ini.

Solidariti dan bantahan ini kami zahirkan sebagai isyarat Parti BERJASA akan selamanya berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan penduduk Gaza yang berjuang membebaskan tanahair mereka sendiri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gesa Apung Harga Telur, Elak Dimanipulasi Kartel

Next Post

Kelemahan Tatakelola Penyebab Rasuah Berleluasa, Dasar Barat ada kekuatan dan beri manfaat

Related Posts