Berjasa Cadang Lucut Kerakyatan Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing membuat penafian atas dakwaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin bahawa minuman alkohol dihidangkan dalam majlis rasmi kerajaan dan mengatakan majlis itu adalah inisiatif pihak industri dan sektor swasta. Mufti Wilayah turut memberi pandangan bahawa hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan bercanggah syarak dan mencemar imej negara.

Tiong King Sing juga pernah mempertahankan diri dalam sidang Dewan Rakyat 2023 dengan mengatakan tiada salahnya beliau sebagai orang bukan Islam untuk meminum arak dan bersuka ria atas nama kebudayaan orang Cina. Situasi ini menimbulkan kegusaran ramai pihak kerana ianya berlaku di majlis rasmi kerajaan yang mana turut menggambarkan imej buruk dalam urusan pentadbiran.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim meluahkan ketidakpuashatian terhadap apa yang berlaku dan menimbulkan persoalan besar terhadap di mana perasaan hormat Menteri ini kepada Islam sebagai agama persekutuan. Beliau berkata majlis rasmi kerajaan seharusnya mencerminkan nilai dan adab pentadbiran yang berteraskan Perlembagaan serta sensitiviti umat Islam.

“Apakah ini bukan satu bentuk pelanggaran terhadap semangat kedaulatan negara yang berpaksikan Islam dan Raja-Raja Melayu? Mengapa seorang menteri boleh bertindak sebegitu dalam acara rasmi tanpa sebarang kepekaan terhadap agama dan budaya majoriti rakyat? Adakah beliau tidak menyedari amalan atau pendirian ini sudah menceroboh kedaulatan negara?, tambahnya lagi.

Ustaz Zamani Ibrahim juga menegaskan bahawa negara Malaysia adalah negara beragama. Kedudukan Islam juga adalah sebagai agama persekutuan dan umpama induk segala kedaulatan yang dipayungi oleh raja-raja dan sultan. Beliau juga menyarankan kepada Perdana Menteri agar mengambil tindakan terhadap Tiong semaksimanya dengan menggugurkan kewarganegaraan dan secara minima dengan menggugurkan beliau dari kabinet jika benar menjatuhkan kedaulatan negara.

Berjasa berharap kedaulatan negara iaitu sensitiviti agama Islam dijaga dalam amalan kerajaan dan tidak sesekali dicemari orang yang tidak waras. Kedaulatan Islam tidak boleh dipermain atau dicabar atas nama keterbukaan. Setiap pemimpin wajib menjaga maruah institusi kerajaan daripada dicemari perlakuan yang tidak menghormati dasar negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
global sumud flotilla

PMX Wajar Agresif Dalam Tekan Donald Trump Untuk Jamin Misi Global Sumud Flotilla Berjaya

Next Post
pelan damai gaza

Pelan Damai Gaza: Malaysia Wajar Berhati-Hati Dengan Idea Donald Trump

Related Posts