Ahmad Maslan Dakwa Kemalangan Bas UPSI Bukan Berpunca Daripada Jalan Rosak

kemalangan bas upsi

Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya menafikan dakwaan yang mengatakan jalan rosak menjadi punca kepada kemalangan bas yang membawa mahasiswa UPSI.

Beliau mempertahankan keadaan jalan tersebut yang walaupun 100 peratus tidak rata namun keadaannya adalah baik dan kali terakhir diselenggara pada 6 Jun lepas.

Mungkin beliau berpandangan dengan jalan yang tiada lubang di atas permukaan maka ia selamat untuk digunakan oleh semua kenderaan.

Tambah beliau lagi, laluan jalan tersebut juga terdapat papan tanda yang menyatakan ‘selekoh di hadapan adalah kawasan kemalangan’.

Kes Kemalangan Bas UPSI: Pemandangan Jalan Gelap, Tiada Garisan Putih

Datuk Seri Ahmad Maslan patut melihat dengan lebih terperinci mengenai aspek keselamatan di laluan jalan tersebut.

Rakaman dashcam yang dikongsikan oleh rakyat awam menunjukkan keadaan yang begitu gelap di sekitar jalan tersebut kerana tidak dilengkapi dengan lampu jalan.

Bukan itu sahaja malahan tiada garisan putih pada jalan tersebut yang pasti menyukarkan pemandu kenderaan untuk melihat laluan mereka yang sepatutnya di atas jalan.

Maka keadaan di atas ini masih lagi boleh boleh dikategorikan sebagai selamat untuk kenderaan yang bergerak pada waktu malam?

Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai seorang ahli politik tidak akan merasai kepayahan rakyat Malaysia memandu kereta di atas jalan raya kerana beliau sering dikawal rapi jika ingin ke sesuatu destinasi.

Jika hanya melihat keadaan permukaan rata sebagai satu-satunya aspek keselamatan jalan raya, beliau tidak layak memegang portfolio Kementerian Kerja Raya kerana berfikiran sebegitu.

Jumlah korban akibat kemalangan bas ini adalah seramai 15 orang dan rata-ratanya adalah mahasiswa UPSI sehingga menyebabkan penumpang kereta Alza di hadapan bas tersebut tercampak ke longkang maka perkara ini perlu diambil serius oleh kerajaan tanpa ada sikap berdolak-dalih.

Sikap sering menafikan bagi mengelak menampakkan kerajaan lemah membuatkan rakyat menjadi bertambah muak kerana isu ini sudah lama berlaku dan seakan tiada kesudahan.

Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan adalah menerima kelemahan mereka akibat kurangnya pemantauan yang berkesan daripada kerajaan mahupun agensi kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
cukai sst

Cukai SST Terhadap Buah Import Bakal Kurangkan Pengambilan Nutrisi Oleh Rakyat Malaysia

Next Post
keuntungan petronas

Keuntungan PETRONAS Susut 32%, Apa Yang Berlaku?

Related Posts