Adakah Timbalan Menteri Pendidikan Sokong Syarikat Arak Sumbang Dana Ke Sekolah?

syarikat arak sekolah

KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh telah mengecam pembangkang yang bertindak membangkitkan isu syarikat bir yang menyumbang kepada usaha mengumpul dana untuk sekolah. Beliau berpandangan tiada isu yang perlu dibangkitkan kerana syarikat arak tersebut iaitu Tiger sudah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina sejak 30 tahun lalu.

Sumbangan daripada syarikat tersebut dikatakan mampu mengurangkan beban kerajaan dengan menambah baik kemudahan sekolah.

Kata beliau, selama bertahun-tahun jumlah dana yang terkumpul telah melebihi RM400 juta dan memberi manfaat yang besar kepada ramai pelajar. Beliau berpendapat pembangkan sengaja memainkan isu perkauman dengan menyerang acara mengumpul dana berkenaan sehingga menghasut emosi perkauman.

Tambah beliau lagi, Wong menyatakan bahawa kerajaan Madani telah berkuasa selama hampir dua tahun dan secara konsisten menyediakan pembiayaan kepada sekolah Cina.

Beliau seakan-akan tidak memahami isu yang sebenarnya dengan cuba menuduh isu ini sebagai serangan perkauman kepada sekolah Cina.

Beliau selaku Timbalan Menteri Pendidikan sepatutnya tahu bahawa pentadbir institusi Pendidikan KPM diingatkan untuk mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Ini termasuk larangan menerima sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

Jika selama ini KPM dan institusi sekolah mengenakan tindakan yang keras kepada aktiviti merokok di kalangan murid, sepatutnya dengan logik penjualan produk yang berkaitan arak juga patut dilarang kerana ia akan menjadi punca kepada gejala sosial dalam kalangan generasi muda iaitu murid-murid.

Konsistensi perlaksanaan polisi itu perlu ada dan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang menyokong tindakan syarikat arak itu menyumbangkan dana kepada sekolah.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah itu yang didirikan sejak 30 tahun lalu apabila didapati, antara sumbangan tajaan adalah daripada sebuah syarikat arak.

Hadir sama pada program itu yang dirasmikan oleh Exco Selangor, Ng Suee Lim dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Aiman Athirah Sabu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kos sara hidup

Tinjauan Mendapati Kerajaan Gagal Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Next Post
bon odori

Bon Odori Asal Jepun Bukannya Di Malaysia Tetapi Dijadikan Tahun Melawat Selangor 2025

Related Posts