Sumber Nadir Bumi Di Malaysia: Libatkan Malaysia Sepenuhnya Dalam Soal Kepakaran

sumber nadir bumi di malaysia

Sumber nadir bumi di Malaysia ada disentuh di dalam klausa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia dan ini menarik perhatian ramai pihak termasuk pemerhati politik tempatan mahupun antarabangsa.

Hal ini demikian kerana mereka beranggapan sumber nadir bumi (REE) ini amat sensitif untuk didagangkan ke negara luar memandangkan ianya bernilai amat tinggi.

Bukan itu sahaja malahan proses untuk mendapatkan sumber ini juga menimbulkan kekhuatiran orang ramai kerana sumber ini didakwa banyak terletak di hutan simpan.

Hal ini bermakna hutan simpan ini terpaksa dinyahsenaraikan statusnya terlebih dahulu untuk membolehkan proses perlombongan boleh dilakukan untuk mendapatkan sumber tersebut.

Selain daripada faktor sumber ini mungkin akan lebih menguntungkan negara luar seperti AS, hal ini juga menimbulkan kerisauan kerana akan menjejaskan kelestarian alam sekitar di Malaysia.

Namun demikian, Dato Ir Ts Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz yang merupakan pakar REE negara berpandangan sebaliknya dengan melihat ia sebagai satu langkah yang positif untuk kemenjadian pembangunan ekonomi negara.

Sumber Nadir Milik Malaysia, Wajar Menguntungkan Malaysia

Laporan majalah The Edge pada 1 November 2025 melaporkan kemudahan pembuatan magnet kekal bernilai RM600 juta akan dibangunkan oleh JS Link dan Lynas Malaysia di Pahang berpotensi mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan dan nilai (supply and value chain) nadir bumi.

Beliau secara peribadi menyambut baik langkah Lynas Rare Earth Ltd yang menandatangani perjanjian awal dengan JS Link untuk membangunkan kemudahan pengeluaran magnet kekal berasaskan nadir bumi di Malaysia.

Di bawah memorandum persefahaman itu, Lynas akan bekerjasama dengan JS Link untuk membangunkan kemudahan yang berkapasiti menghasilkan 3,000 tan magnet kekal sinter neodynium-besi-boron berhampiran kilang Lynas di Kuantan.

Walaubagaimanapun, beliau melihat perjanjian ini wajar memberikan keuntungan kepada kedua belah pihak terutamanya Malaysia yang mana pemindahan teknologi berlaku wajar dilakukan bagi memastikan Malaysia dapat menerokai pembangunan kilang magnet kekal oleh syarikat tempatan negara pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja malahan tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang ini mestilah dapat dibangunkan secara holistik di mana peratus bilangan pekerja mesti sebahagian besarnya datang daripada orang tempatan merentasi peringkat.

Dalam masa yang sama juga pelan penggantian perlu dilaksanakan secara menyeluruh untuk memastikan tenaga tempatan boleh menerajui industri strategik ini di masa hadapan walaupun pada peringkat awal tenaga kerja mahir dari Korea Selatan akan dibawa masuk namun semestinya kita tidak mahu ketinggalan dalam menyertai perusahaan penting ini.

Libatkan GLC Sebagai Pemegang Taruh Dalam Industri Ini

Beliau melihat pentingnya untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilibatkan sekali sebagai pemegang taruh dalam projek ini dengan menjadi pemegang saham bersama syarikat tempatan lain.

Hal ini kerana dikhuatiri tanpa pegangan ekonomi yang besar, Malaysia hanya akan menjadi pemerhati dan penyedia tanah tapak industri serta tenaga buruh sahaja di mana bahan mentah kita akan diproses di kilang-kilang milik negara luar dan dieksport keluar negara dengan keuntungan yang tinggi.

Tambah beliau lagi, Malaysia boleh mengambil peluang ini dengan memajukan lagi pelbagai industri hiliran seperti telefon bimbit, kenderaan elektrik, industri pertahanan, tenaga bersih dan teknologi hijau yang menggunakan magnet kekal secara agresif.

Sekarang ini sumber yang bernilai tinggi ini sudah ada dan hanya menunggu tindakan yang bijaksana daripada kerajaan sahaja untuk menguruskannya dengan sebaiknya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Виртуальные гэмблинг-платформы: акции, слоты и отзывы пользователей

Next Post

Безвозмездная игра в виртуальное казино без регистрационного процесса: опции и лимиты

Related Posts