Presiden Parti BERJASA Malaysia Dilantik Sebagai Pengerusi Majlis Penyelaras NGO Melayu

parti berjasa malaysia

Presiden Parti BERJASA Malaysia Zamani Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis NGO Melayu Malaysia yang menghimpunkan 80 NGO di seluruh Malaysia.

Semua NGO ini berteraskan kepada perjuangan asas dalam menyatukan agenda Melayu ke arah membela agama Islam dan bangsa Melayu yang mana kini dilihat semakin mudah diancam dengan provokasi murahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mereka berpendapat wajarnya ditubuhkan satu badan yang bertanggungjawab dalam menghimpunkan semua NGO bagi memastikan suara dan cadangan daripada mereka dapat diangkat dengan lebih tinggi hingga didengari oleh pihak kerajaan.

Perlantikan Presiden Parti BERJASA Malaysia Sesuai Di Atas Kelantangan Suaranya Membela Hak Melayu Dan Islam

Presiden Parti BERJASA Malaysia dilihat begitu sesuai untuk mengetuai Majlis NGO Melayu Malaysia kerana beliau konsisten dalam melaungkan hak Melayu dan Islam agar didengari oleh pihak kerajaan Madani.

Beliau berkapasiti sebagai seorang ahli politik namun ia tidak menghalang beliau untuk sentiasa turun padang bersama pihak NGO dalam mendengar luahan dan pendapat mereka dalam soal perjuangan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Beliau boleh memainkan peranan dengan mengangkat suara NGO ini ke pentas politik memandangkan beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa pimpinan parti BERSATU Malaysia dan PAS yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini juga beliau pernah lantang menyeru agar kuasa politik Melayu diperkukuhkan dengan sekuatnya sebagai satu bentuk penterjamahan hak Melayu dan Bumiputera terus terjaga.

Hal ini susulan gesaan seorang ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong yang mahukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan jumlah pengundi.

Signal Jelas Kepada Kerajaan Madani Untuk Mengambil Serius Soal Melayu Dan Islam

Penubuhan Majlis NGO Melayu Malaysia wajar dijadikan signal jelas kepada kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil berat soal hak orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Isu seperti tanah rizab Melayu, ekonomi Bumiputera dan kedaulatan bahasa Melayu konsisten diperjuangkan oleh Zamani Ibrahim bersama NGO Melayu yang lain.

Pengundi Melayu sudah lama muak dijanjikan dengan pelbagai janji kosong daripada ahli politik maka sudah masanya suara mereka ini diambil serius oleh kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Resultaten van Finastelad 1 mg van Driada Medical bij haaruitval

Next Post

PinUp Qazancın Sirlərini Kəşf Edin

Related Posts