PMX MOHON IMUNITI: APAKAH JUSTIFIKASINYA?


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon supaya diberikan kekebalan daripada tindakan undang-undang sivil atas kapasiti rasmi sebagai Perdana Menteri menimbulkan persoalan besar: Adakah ini langkah mempertahankan kedudukan dan melarikan diri daripada tanggungjawab?

Kes saman sivil melibatkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap Anwar atas dakwaan serangan seksual 7 tahun lalu menyebabkan permohonan luar biasa itu dikemukakan. Meskipun ianya baru sahaja berstatus permohonan, ia sepertinya memperlihatkan cubaan Perdana Menteri untuk bebas dari tindakan undang-undang.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan di sisi undang-undang yang mana ini sepatutnya diaplikasikan oleh pemimpin utama negara kita. Namun, tindakan Perdana Menteri ini seolah-olah ingin melindungi diri di sebalik imuniti. Hakikatnya, rakyat berhak membawa sesiapa sahaja termasuklah pemimpin ke muka pengadilan sekiranya didapati bersalah.

Kewujudan imuniti tidak sepatutnya menjadi perisai untuk pemimpin mengelak daripada disoal rakyat. Ia bukan lesen untuk berkata sesuka hati, menyentuh mana-mana individu, dan kemudian berlindung di sebalik “kapasiti rasmi.” Lebih membimbangkan, ini membuka ruang kepada kebiasaan baharu yang bahaya iaitu pemimpin boleh berbuat apa sahaja tanpa perlu bertanggungjawab.

Seperti mana dalam BINA2040, tujuan di sebalik sistem perlembagaan dan perundangan negara mestilah mengelakkan adanya salah guna kuasa. Doktrin pengasingan kuasa sedia ada juga masih tidak jelas dan telus malah ada ketika tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. BINA2040 juga menekankan bahawa masalah perundangan timbul adalah disebabkan pelaksana dan penggubal undang-undang adalah di pihak yang sama.

Jadi, jika hari ni kita menuruti sahaja permintaan ‘penguasa’ untuk menjadi ‘kebal’ tanpa ada potensi disabitkan atau didakwa walau didapati bersalah, maka tiadalah gunanya ciptaan sistem undang-undang dan layak sahaja dibakulsampahkan. Perdana Menteri haruslah tertakluk kepada undang-undang dan semakan awam. Prinsip imuniti tidak sepatutnya diseleweng untuk melindungi diri daripada kritikan dan tindakan undang-undang yang sah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Setiausaha Pertahanan AS Minta Malaysia Tingkatkan Bajet Pertahanan

Next Post

21 Laporan Polis Terhadap Program LGBT: Siapa Di Belakang Agenda Songsang Ini?

Related Posts