Pencerobohan Tanah Raub: Rotan vs Ribuan Ekar Musang King

Isu pencerobohan tanah kerajaan di Raub, Pahang, sekali lagi mengundang persoalan awam berhubung konsistensi dan keadilan dalam penguatkuasaan undang-undang. Terkini, penahanan tiga individu yang dikatakan sekadar mencari rotan di kawasan hutan kerajaan telah mencetuskan perdebatan. Tindakan pantas pihak berkuasa terhadap kes ini mengundang persoalan kritikal: mengapa kes sebegini diambil tindakan serta-merta, sedangkan pencerobohan besar-besaran selama lebih 40 tahun melibatkan ribuan ekar tanah hanya terdedah selepas sekian lama?

Realitinya, kes pencerobohan tanah di Raub bukan isu baru. Sudah sekian lama tanah kerajaan di kawasan itu telah diceroboh dan dimajukan secara haram, terutamanya untuk aktiviti pertanian berskala besar iaitu tanaman durian musang king. Namun, tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku-pelaku utama dilihat amat mengecewakan. Lebih membimbangkan, tindakan kerajaan negeri yang memberikan pajakan selama 30 hingga 60 tahun kepada peneroka haram dengan alasan “menggalakkan ekonomi” turut dipersoalkan. Apakah mesej yang cuba dihantar kepada rakyat? Adakah ini satu bentuk “ganjaran” kepada mereka yang melanggar undang-undang? Apakah jaminan bahawa tindakan ini tidak akan membuka ruang kepada lebih banyak pencerobohan di masa depan?

Dwistandard sebegini bukan sahaja menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan, malah menimbulkan persoalan asas terhadap peranan pihak berkuasa dalam menjaga amanah tanah milik rakyat. Ia bukan milik mana-mana pemimpin, syarikat mahupun individu untuk dijadikan alat tawar-menawar. Kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak secara konsisten mencerminkan kelemahan serius dalam penguatkuasaan undang-undang serta memberi ruang kepada persepsi bahawa undang-undang hanya berfungsi untuk pihak tertentu sahaja?

Rakyat berhak mempersoalkan: Adakah keadilan tanah di Malaysia hanya untuk yang ada kuasa?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tanah Rizab Melayu: Aset Kuasa Semakin Hilang

Related Posts