Pemuda BERJASA Bersedia Dengan Projek MANDIRI

REMBAU – Pemuda BERJASA telah memberi bayangan kepada semua bahawa mereka sudah bersedia untuk melaksanakan projek MANDIRI seperti yang dibentangkan di sidang Angkatan Pemuda BERJASA (ANGKASA) baru-baru ini. Projek MANDIRI adalah sebagai salah satu usaha mereka untuk memastikan keselamatan bekalan makanan negara terjamin walaupun bermula pada fasa yang kecil dahulu.

Ketua Pemuda BERJASA, Mohd Azriq Rosman telah turun melawat ke tapak projek MANDIRI di Astana Raja, Rembau bersama pengusahanya iaitu Ustaz Sofee Mustafa. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Sofee Mustafa merupakan Ketua Bahagian BERJASA Bahagian Kota dan sudah berpengalaman dalam menguruskan sektor pertanian dan penternakan.

Mohd Azriq Rosman ketika dihubungi berkata BERJASA amat serius untuk melahirkan sebuah komuniti yang mandiri dan mampu menjaga sesama masyarakat daripada pelbagai sudut terutamanya dalam keterjaminan makanan.

Keadaan pasaran yang dikuasai oleh pihak kapitalis memaksa rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya berbangsa Melayu sukar untuk mendapatkan sumber makanan. Hal ini ditambah pula dengan ketidakseriusan daripada pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu keselamatan bekalan negara kita apatah lagi ia melibatkan makanan ruji rakyat Malaysia seperti beras. Impaknya, kerajaan hanya merancang untuk mengimport bekalan beras daripada India sahaja tanpa memikirkan perancangan jangka panjang untuk memastikan bekalan negara kita sentiasa terjamin.

Projek MANDIRI ini akan diperluaskan lagi di bahagian Kapar dan juga Batang Kali dengan menggunakan model yang sama seperti yang dilaksanakan di Rembau. Projek ini akan diketuai oleh mantan Ketua Pemuda BERJASA sebelum ini iaitu Fahmi Bazlan yang baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Keterjaminan Bekalan Makanan BERJASA Nasional.

Di bawah seliaan Fahmi Bazlan, projek MANDIRI yang berteraskan laman komuniti baharu memasuki fasa permulaan yang mungkin dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RCI Batu Puteh: Demi kedaulatan atau nak cari salah siapa? – Pakar undang-undang

Next Post

Mansuh Dahulu Bayaran Pencen Wakil Rakyat

Related Posts