Mansuh Dahulu Bayaran Pencen Wakil Rakyat

JASIN – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyarankan kerajaan untuk memansuhkan skim bayaran pencen wakil rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakannya terhadap penjawat awam lantikan baharu.

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok bagi menyuarakan pandangan Pemuda.

Katanya, Pemuda UMNO bersetuju dengan keputusan dibuat oleh pihak kerajaan tetapi langkah itu perlu mempunyai pelan sokongan untuk membantu rakyat selepas tamat tempoh perkhidmatan dan ia haruslah dimulakan dengan wakil rakyat.

“Saya faham kedudukan kewangan kerajaan ketika ini tetapi jika hendak mulakan (pemansuhan pencen) kepada penjawat awam, dia (kerajaan) kena mulakan dengan wakil rakyat termasuk lantikan politik.

“Janganlah kita yang buat polisi tapi bukan untuk kita (wakil rakyat) sebaliknya untuk rakyat. Apa bezanya wakil rakyat dengan penjawat awam?

“Bayangkan penjawat awam yang berkhidmat 40 tahun mungkin akan menerima pencen RM1,000 atau RM2,000 sebulan, wakil rakyat yang berkhidmat satu penggal pun dah dapat pencen, ini tidak adil,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas sesi lelongan haiwan ternakan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen.

Jelas Ahmad Zahid, pendirian itu dibuat selepas menilai jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun menjelang 2040.

Tindakan ini dilihat bakal menyebabkan ramai pihak akan lebih ramai beralih ke sektor swasta dan bilangan penjawat awam makin berkurang setelah berlakunya pemansuhan bayaran pencen kepada penjawat awam.

Periuk nasi penjawat awam semestinya terusik akibat keputusan Kabinet yang memikirkan keuntungan ke atas permasalahan ekonomi oleh Kerajaan Perpaduan yang gagal mengatasi dalam tempoh setahun lalu.

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemuda BERJASA Bersedia Dengan Projek MANDIRI

Next Post

P-Hailing: Tetap Atau Sambilan?

Related Posts