“Helah Licik dan Senyap Tambah Kerusi Bandar: Siapa Sebenarnya Akan Kuasai Parlimen?”

kajian pbt

Cadangan supaya sistem pilihan raya Malaysia disusun semula bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai sama mula dipersoalkan oleh beberapa pihak yang bimbang ia boleh mengubah keseimbangan kuasa politik negara.

Perdebatan itu timbul susulan kenyataan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang dipetik media bahawa sistem sedia ada tidak adil kerana terdapat kawasan bandar yang mempunyai jumlah pengundi jauh lebih besar berbanding kawasan lain.

Beliau dilaporkan berkata tiada kerusi Parlimen sepatutnya mempunyai jumlah pengundi yang terlalu besar sehingga menjadikan nilai undi pengundi bandar “kurang bernilai”.

Kemungkinan Mengubah peta politik

Bagaimanapun, Hamdan Sharif yang merupakan Ketua Penerangan Berjasa berkata prinsip “satu orang satu undi dengan nilai sama” boleh membawa kesan besar kepada struktur kerusi Parlimen jika dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau memberi contoh kerusi bandar seperti Segambut yang mempunyai sekitar 100,000 pengundi, berbanding beberapa kerusi luar bandar yang mempunyai sekitar 30,000 pengundi.

“Jika prinsip kesamarataan pengundi digunakan secara ketat, kawasan bandar besar berpotensi dipecahkan kepada dua atau tiga kerusi Parlimen baharu.”, katanya.

Ini bermakna satu kawasan yang kini diwakili seorang ahli Parlimen boleh bertukar menjadi beberapa kerusi, sekali gus menambah jumlah wakil rakyat dari kawasan bandar.

Kekuatan Jumlah Kerusi Dikaitkan dengan kekuatan parti bandar

Hamdan juga bersetuju dengan pemerhati situasi politik yang ada di antara mereka mengaitkan kemungkinan perubahan itu dengan pengaruh parti politik tertentu yang lebih kuat di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Petaling Jaya dan Johor Bahru.

Menurut mereka, pertambahan kerusi bandar boleh memberi kelebihan kepada parti yang mempunyai sokongan kuat di kawasan berkenaan seperti Democratic Action Party (DAP).

Mereka mendakwa jika lebih banyak kerusi Parlimen diwujudkan di kawasan bandar, ia berpotensi meningkatkan jumlah wakil rakyat daripada blok politik yang sama dengan agenda yang sama walaupun agendanya sangat bertentangan dengan semangat kenegaraan.

Dakwa kesan jangka panjang Sehingga kepada Pembentukan Kerajaan

Dalam pada itu, Hamdan juga memberi amaran bahawa perubahan struktur kerusi boleh memberi kesan jangka panjang kepada keseimbangan politik negara.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk kemungkinan kawasan luar bandar mempunyai pengaruh lebih kecil dalam menentukan kerajaan, selain isu berkaitan kepentingan petani, nelayan dan komuniti desa yang dikatakan boleh terpinggir.

Beliau turut menegaskan bahawa Perdana Menteri dipilih oleh ahli Parlimen melalui sokongan majoriti di Dewan Rakyat, justeru perubahan bilangan kerusi boleh memberi kesan langsung kepada pembentukan kerajaan dan siapa yang menjadi pilihan seterusnya bagi jawatan Perdana Menteri.

Kajian Akademik Menjadi Hujah Pembawa Agenda PBT?

Perdebatan itu juga timbul ketika beberapa kajian akademik berkaitan reformasi pilihan raya dan tadbir urus bandar dilaporkan sedang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian itu menguji keboleksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu kota termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur dijangka selesai pada hujung bulan ini.

Kajian tersebut dilihat sebahagian pihak sebagai berkait dengan cadangan memperluas pembaharuan pilihan raya termasuk kemungkinan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penstrukturan semula kawasan bandar. Namun setakat ini tiada cadangan rasmi perubahan sempadan kerusi Parlimen dibentangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Beliau merasakan usaha untuk meluaskan naratif ini tidak datang secara langsung daripada DAP tetapi dibawa oleh orang Melayu sendiri supaya nampak seperti wujudnya ‘keadilan demokrasi’, tanpa sedar akhirnya menjadi pak turut yang menjayakan kehendak sebenar DAP. Inilah antara teknik politik paling halus. Ianya sebuah agenda besar tetapi dibawa oleh suara yang ‘kelihatan’ neutral.

Rakyat kena faham satu benda. Dalam politik, kadang-kadang perkara yang nampak paling adil di permukaan sebenarnya adalah sebuah strategi penuh licik bahkan wujud tipu helah demi tujuan mengambil alih kuasa. Dan sepanjang rakyat mengenali watak DAP, apakah yang mereka cakap benar dan buat untuk rakyat, melainkan untuk kepentingan bangsa majoriti DAP sahaja.” tegasnya.

Isu kesamarataan nilai undi dan keseimbangan perwakilan bandar-luar bandar kekal menjadi perdebatan dalam kalangan ahli politik dan pemerhati sistem pilihan raya negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ramanan

BERJASA kecam kenyataan Ramanan, ‘Bukan provokasi kaum, ini pelanggaran undang-undang’

Next Post
lgbt

Isu LGBT di Aidilfitri: Pemudi BERJASA desak tindakan segera

Related Posts