“Bukan Nepotisme”? Anwar Semakin Hilang Malu Pada Prinsip Sendiri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menjustifikasi pelantikan anak kandungnya, Nurul Izzah, ke jawatan berprofil tinggi dalam parti iaitu Timbalan Presiden, dengan menyatakan bahawa “ini bukan nepotisme”, sebaliknya “kemenangan moral”.


Ironinya, inilah pemimpin yang suatu ketika dahulu paling lantang menentang politik dinasti dan kronisme keluarga, malah menjadikan isu itu sebagai bahan kempen bertahun-tahun. Hari ini, apabila anak sendiri dilantik ke jawatan strategik dalam parti, ia pula dianggap ‘simbol reformasi’.
Apa yang lebih mengguris perasaan rakyat ialah apabila pelantikan ini tidak melalui proses yang telus, walaupun iainya adalah melalui undian ahli parti, tetapi pemilihan ini penuh muslihat. Jika nama itu bukan “Nurul Izzah”, adakah beliau akan tetap dilantik?


Ini adalah bentuk nepotisme yang terang dan nyata, walau bagaimana sekalipun cuba disolek dengan istilah “kemenangan moral”. Jika benar mahu bercakap soal integriti, maka pelantikan keluarga ke jawatan strategik dalam parti adalah langkah pertama yang patut dielakkan. Ini, Presiden Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat parti adalah isterinya dan Timbalan Presiden adalah anaknya.


Rakyat semakin bosan dengan sikap hipokrit pemimpin yang bercakap soal reformasi, tetapi bertindak seperti aristokrat politik lama yang mewariskan kuasa dalam keluarga. Jika kerajaan Madani benar-benar mahu mempertahankan integriti, maka anak dan keluarga pemimpin utama tidak wajar berada dalam struktur rasmi pentadbiran.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes teoh Beng Hock Dikelaskan NFA: NGO Desak 5 Menteri DAP Letak Jawatan

Next Post

PKR: Dari Obor Reformasi ke Bayang Kekuasaan?

Related Posts