Ahli Parlimen Sepang Jangan Cuba Normalisasi Arak Kepada Pelajar Sekolah

ahli parlimen sepang arak

SEPANG – Kehadiran Ahli Parlimen Sepang YB Aiman Athirah dalam sebuah majlis penyerahan sumbangan syarikat arak kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min merupakan satu tindakan yang amat mendukacitakan. Majlis tersebut dicemari dengan logo syarikat arak Tiger dan Ahli Parlimen Sepang ini dilihat “gembira” ketika berada di atas pentas majlis tersebut.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata YB Aiman Athirah sepatutnya merasa malu untuk menghadiri majlis sedemikian memandangkan beliau juga merupakan ahli politik daripada parti Amanah yang mengaku memperjuangkan Islam.

Beliau sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat dan membawa tanggungjawab bersama yang besar selaku pemimpin yang beragama Islam.

“Beliau sepatutnya sedar tentang hukum menghadiri majlis yang cuba mempromosikan arak secara halus sebagai seorang Islam. Hukum arak di sisi Islam adalah haram dan dalam masa yang sama juga amat bertentangan dengan budaya ketimuran yang menjadi paksi kepada identiti nasional negara ini”.

“Saya juga hairan dan ingin bertanyakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adakah SJKC tidak tertakluk kepada polisi pendidikan kebangsaan? Apakah arak dibenarkan untuk dipromosi dalam premis pendidikan yang dibiayai oleh rakyat? Sungguh hairan apabila arak yang menjadi punca kepada pelbagai kerosakan akhlak dan moral dibenarkan untuk para pelajar sekolah”, tegas beliau.

Oleh hal yang demikian, beliau mewakili BERJASA mengecam sekeras-kerasnya usaha normalisasi secara halus dalam mempromosikan arak ini. YB Aiman Athirah juga wajar untuk meminta maaf kepada rakyat khususnya pengundi di Sepang kerana telah mengkhianati amanat yang sepatutnya dijaga oleh beliau.

Terdahulu, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu didapati telah bergambar bersama sebuah mock check sumbangan syarikat Tiger kepada SJKC Tche Min berjumlah RM 3,175,034.88.

YB Datuk Hajah Aiman Athirah telah memenuhi undangan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tche Min ke Konsert Amal Pendidikan bagi membuat kutipan membina Dewan Sekolah SJKC Tche Min yang telah ditubuhkan 30 tahun yang lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil Exco Negeri Selangor, YB Ng Suee Lim dan turut di hadir oleh YB ADUN Sungai Pelek YB Lwi Kian Keong.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
israel two-state solution

Israel Tolak Two-State Solution: Masih Ingin Lagikah Malaysia Menjaja Solusi Ini?

Next Post
arak

Arak, Judi, Riba & Zina Rosakkan Muslim Dan Bukan Muslim

Related Posts