Shamsul Iskandar Letak Jawatan, Cetus Persoalan Tahap Integriti Ahli Politik PKR

shamsul iskandar letak jawatan

Setiausaha Kanan Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar yang meletak jawatan pada petang semalam mencetuskan persoalan orang ramai tentang tahap integriti ahli politik dalam PRK.

Hal ini susulan pendedahan dan pembongkaran yang dilakukan oleh ahli perniagaan Albert Tei yang mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul Iskandar atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik Sabah.

Albert Tei ingin menguatkan lagi dakwaan itu dengan menyusun dokumen setebal lebih 300 muka surat termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit.

Dalam satu tangkap layar perbualan antara Shamsul dengan dia menerusi mesej WhatsApp, Shamsul tanpa segan silu meminta sejumlah wang dalam pound sterling dan dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ingin pergi ke London dan Baku.

Tidak dimaklumkan secara terperinci untuk apakah kegunaan wang yang diminta Shamsul tersebut sama ada untuk urusan rasmi ataupun “wang poket” untuk melancong.

Bukan itu sahaja malahan Albert Tei turut mendakwa Shamsul meminta dia untuk membayar pengubahsuaian, perkakas dan perabot untuk dua hartanah milik Shamsul iaitu satu di Bangsar, Kuala Lumpur dan kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.

Senarai itu didakwa meliputi perabot kulit, meja makan, sistem hiburan rumah (home theatre), mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.

Bukti ini dikuatkan lagi dengan memberikan gambaran “sebelum dan selepas” pelbagai bilik di rumah didiaminya di Putrajaya yang menunjukkan perabot, katil, lampu dan langsir yang dinaik taraf.

Dahulu Farhash, Sekarang PKR Ada Shamsul Iskandar

PKR sebelum ini dikenali dengan isu membabitkan ahlinya iaitu Farhash Wafa Salvador yang telah berjaya memposisikan dirinya lebih kurang di sepuluh buah syarikat swasta iaitu sebagai Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, Pengarah Swag Technologies Sdn Bhd, Pacific Samudera Sdn Bhd, Salvador & Sons Sdn Bhd, Lembaga Penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Sdn Bhd, Pengarah Berjaya Construction Bhd, Eksekutif Force SC Berhad dan pemegang saham majoriti Heitech Padu.

Kini PKR telah “berjaya” mencipta aktor terbaru dalam isu integriti dengan terpalitnya Shamsul Iskandar yang tanpa segan silu meminta duit tepi daripada taikun perniagaan.

Sebelumnya juga Shamsul Iskandar didapati menulis surat sokongan untuk projek pembinaan sebuah hospital pada 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lantas mengeluarkan kenyataan agar tiada laporan dibuat terhadap Shamsul atas dakwaan surat sokongan itu kerana sudah pun memberikan teguran kepada Shamsul.

Kini Shamsul didakwa atas sikapnya yang meminta rasuah maka wajar ada siasatan daripada SPRM untuk menyiasat dakwaan tersebut tanpa ada campur tangan luar.

Benarkah Ahli Politik PKR Berintegriti?

PKR sering mencanang partinya sebagai parti politik yang berintegriti dan menolak rasuah namun pendedahan ini menimbulkan persoalan sama ada benar PKR menjunjung prinsip tersebut.

Hal ini menampakkan mereka seakan sudah termakan dengan hasutan kuasa dengan menyalahguna kedudukan kuasa mereka untuk meminta rasuah dan mengumpulkan kekayaan politik.

Jika budaya ini dinormalisasikan oleh mereka, sungguh malang nasib penyokong mereka yang memilih mereka untuk menolak budaya rasuah dalam politik Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Le CLA : Un allié incontournable du culturisme

Next Post

BlackRock Hadapi Cabaran Dana, Bakal Jejaskan Pembiayaan KLIA?

Related Posts