Pelantikan Nick Adams: Malaysia Bukan Tapak Uji Politik Kanan Melampau Amerika

nick adams malaysia

Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melantik Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia pantas dibantah oleh Ketua Pemuda BERJASA, Meor Azim yang melihat ia sebagai satu penghinaan besar kepada Malaysia.

Beliau berpendapat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan begitu mengangkat tinggi darjat agama Islam dalam pemerintahan maka tidak sesuai untuk individu seperti Nick Adams yang terang-terangan bersikap anti-Palestin, Islamofobia dan rasis untuk menjadi duta AS di sini.

Malaysia daripada dahulu lagi begitu konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin dan begitu lantang di pentas antarabangsa dalam mengangkat isu kemerdekataan Palestin.

Bukan itu sahaja malahan Malaysia sudah pun dikenali sebagai negara Islam contoh di mata pihak antarabangsa maka tidak sesuai untuk Malaysia menerima Nick Adams sebagai wakil AS di Malaysia.

Satu perkara yang ramai pihak terlepas pandang ialah beliau bukannya seorang diplomat dan langsung tiada pengalaman dalam menjalankan tugas diplomasi dengan negara luar.

Rekod beliau dalam pentadbiran hanya menjadi Ahli Majlis Perbandaran di Australia sahaja namun penuh dengan rekod yang begitu kontroversi.

Malaysia Tidak Boleh Kompromi Dengan Kebencian Yang Dibawa Oleh Nick Adams

Ciapan Nick Adams di akaun media sosial X boleh didapati penuh dengan kenyataan yang begitu kontroversi dan tidak melambangkan kematangan sebagai seorang diplomat.

Meor Azim yang mewakili Pemuda BERJASA menyarankan agar kerajaan terus menolak pencalonan Nick Adams sebagai duta AS ke Malaysia dengan menggunakan Artikel 4 Konvensyen Vienna.

Artikel ini memberikan hak kepada negara penerima iaitu Malaysia untuk tidak menyatakan sebab penolakan ini dan negara yang menghantar individu itu sebagai duta tiada hak untuk meminta sebab daripada negara penerima.

Kerajaan patut bertindak tegas dengan pantas mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyatakan penolakan kepada AS untuk tidak menerima Nick Adams sebagai duta AS di negara mereka.

Ini adalah soal prinsip, nasionalisme, integriti dasar luar dan maruh negara maka penolakan ini ada asasnya untuk dibuat oleh kerajaan.

Malaysia Bukannya Tikus Makmal Politik Amerika Syarikat

Beliau melihat Malaysia tidak sepatutnya menjadi tikus makmal politik untuk AS dengan menghantar calon yang tiada kredibiliti sebagai duta.

AS dilihat seakan ingin menghina maruah Malaysia dengan menghantar individu yang tidak berkaliber dan perkara ini tidak wajar diterima oleh Malaysia.

AS dan Donald Trump sepatutnya sedar bahawa Malaysia merupakan negara terpenting di rantau Asia Tenggara dari sudut geopolitik bagi mengimbangi tekanan oleh China di rantau tersebut.

Perlakuan yang dilakukan oleh AS terhadap Malaysia ini seakan ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak penting kepada AS.

Sikap membuli oleh Donald Trump terhadap negara kecil adalah suatu tindakan yang biadab dan Malaysia wajar bersikap tegas dalam isu ini.

Di kala Malaysia sedang dalam usaha berunding dengan AS dalam memohon penurunan tarif, sewajarnya isu mengenai pelantikan Nick Adams ini dibangkitkan sekali untuk berbincang secara diplomasi dengan AS.

Pemuda BERJASA melihat seruan untuk kerajaan bertindak sedemikian adalah wajar kerana dikhuatiri akan lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh Nick Adams ketika dilantik sebagai duta AS di Malaysia.

Dalam masa yang sama juga Pemuda BERJASA menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tidak kira parti politik mahupun bangsa dan agama bersatu menolak pelantikan Nick Adams ini atas nama prinsip dan maruah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
riza chalid pertamina

Suspek Utama Korupsi Pertamina, Riza Chalid Didakwa Berada Di Malaysia

Next Post
tarif trump malaysia

Trump Minta Syarat Pensijilan Halal Dipermudah Untuk AS Sebagai Syarat Turunkan Tarif Kepada Malaysia

Related Posts